Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Operasi ISD jaya gagalkan beberapa cubaan serangan ganas

Dec 04, 2021 | 05:30 AM



SUDAH dua dekad sejak Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) melancarkan operasi melumpuhkan rangkaian Jemaah Islamiyah (JI) di Singapura.



Keberkesanan operasi tersebut dapat dilihat setelah pihak berkuasa berjaya menjejaki anggota kumpulan songsang itu dan menggagalkan beberapa rancangannya untuk melakukan serangan pengganasan di negara ini.



Dalam wawancara dengan Berita Harian (BH) sempena dua dekad penangkapan anggota JI di Singapura, pegawai operasi kanan ISD, yang hanya mahu dikenali sebagai 'Encik Rajah', menceritakan detik-detik awal operasi mengesan JI di sini yang dimulakan apabila jabatan itu mendapat maklumat mengenai lelaki warga Singapura bernama Mohammad Aslam Yar Ali Khan yang punya hubungan dengan pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden.



"Ketika itu, kami tidak tahu pun JI wujud. Namun kami meneliti setiap butiran serta memantau Aslam dan temannya dengan rapat... sehingga akhirnya dapat mematahkan rangkaian JI di negara ini," ujar beliau.



Encik Rajah merupakan antara beberapa pegawai ISD yang diwawancara BH. Dalam beberapa sesi temu bual yang berlangsung selama empat hari, BH juga menemuramah bekas tahanan JI serta rakan kongsi masyarakat yang masih meneruskan usaha membanteras ideologi ekstremis serta menyokong pemulihan bekas anggota JI dan keluarga mereka hingga hari ini.



Sebahagian besar anggota JI Singapura ini telah menerima latihan daripada kumpulan pengganas di Afghanistan dan selatan Filipina.



Mengongsi penglibatannya bersama kumpulan militan itu, seorang bekas anggota JI Singapura, Johan (bukan nama sebenar) berkata dia terpaksa meninggalkan isteri dan anak-anak pada Hari Raya pertama 2001 untuk menyelamatkan dirinya daripada ditahan pihak berkuasa.



Ini menyusuli operasi yang dibuat ISD untuk memberkas anggota-anggota JI setempat pada tahun itu dengan penangkapan pertama dibuat pada 9 Disember.



"Amat mencabar tinggalkan isteri dan anak-anak, lebih-lebih lagi pada Hari Raya," katanya, menahan sebak.



Johan akhirnya melarikan diri di Indonesia, dan beberapa tahun kemudian diberkas pihak berkuasa Indonesia dan dipenjarakan di sana sebelum dihantar pulang ke Singapura untuk menjalani tahanan.



Dalam pada itu, sebagai antara dua asatizah mapan yang telah tampil untuk menghulurkan bantuan dalam membimbing para tahanan JI ini, Pengerusi Masjid Khadijah, Ustaz Ali Haji Mohamed, berkata para asatizah yang terlibat tidak pernah berputus asa dalam perjuangan untuk memulihkan tahanan ini.



Bersama Presiden Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Ustaz Mohamad Hasbi Hassan, beliau merintis pembentukan Kumpulan Pemulihan Agama (RRG) menyusuli penangkapan kumpulan pertama anggota JI di sini.




Naiki van dengan Mas Selamat ke Thailand untuk rampas pesawat, rancang hempaskannya ke Lapangan Terbang Changi



Bekas anggota JI, Johan (bukan nama sebenar), melarikan diri ke seberang Tambak apabila kegiatan kumpulan pengganas JI itu dikesan di sini pada Disember 2001.



Di sana, Johan bertemu Mas Selamat, yang memberitahunya bahawa dia bersama tiga lagi anggota JI SG telah dipilih untuk merampas pesawat dan menghempaskannya ke Lapangan Terbang Changi.



Mujur rancangan mereka itu tidak dapat diteruskan.



Johan, kini 60-an tahun, menghabiskan enam tahun di bawah tahanan ISD.



Ikuti kisahnya: Lari ke M’sia sebelum ke Thai...




Ikuti laporan khas sempena memperingati 2 dekad penangkapan JI di S’pura:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >