Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Majulah Singapura

Operasi pastikan bendera tiba tepat pada masa

Aug 10, 2022 | 05:30 AM



RASA cinta negara bersemarak dalam jiwa watan tatkala helikopter Chinook membawa bendera gergasi negara yang dikibarkan di angkasa sekitar Marina Bay.



Para penonton di Pentas Terapung Marina Bay berdiri tegak mendendangkan lagu kebangsaan, Majulah Singapura, sedang helikopter yang membawa bersama bendera negara itu bergerak perlahan di ruang angkasa kawasan tersebut.



Dari Pangkalan Udara Sembawang, helikopter Chinook itu telah ke Pulau Sudong di mana bendera dipasang.



Pegawai RSAF bertungkus-lumus memasangkan bendera dengan betul sebelum kembali ke udara dan terbang menuju ke Pentas Terapung Marina Bay.



Usaha yang dilakukan para pegawai RSAF untuk memastikan Chinook itu sampai tepat pada masanya di Pentas Terapung begitu mengagumkan.



Dari angkasa Marina Bay, helikopter Chinook pulang semula ke Pulau Sudong untuk melepaskan bendera, menandakan berakhirnya operasi yang telah menjayakan antara mercu tanda sambutan NDP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >