Operasi periksa keselamatan di tempat kerja
Tiga kejadian bawa maut dilaporkan sejak awal tahun ini: MOM
Jan 20, 2020 | 05:30 AM
TERDAPAT tiga kejadian membawa maut di tempat kerja sejak bermulanya tahun 2020, dedah Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam pos Facebook mereka semalam.
Untuk mencegah kemalangan membawa maut itu, MOM telah melancarkan operasi penguatkuasaan selama dua bulan daripada pertengahan Disember lalu, dengan sasaran untuk menjalani 400 pemeriksaan.