Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Operasi polis dapati 7 pusat urut langgar peraturan

Aug 15, 2021 | 05:30 AM



SEJUMLAH tujuh rumah urut di sini didapati melakukan pelbagai kesalahan berkaitan kegiatan maksiat dan dilarang dalam satu operasi yang dijalankan polis selama seminggu baru-baru ini.



Dalam satu kenyataan semalam, polis berkata sembilan individu, yang terdiri daripada pengendali rumah urut dan juga tukang urut, sedang disiasat.



Empat daripada rumah urut yang terlibat didapati beroperasi tanpa lesen yang sah, sementara kegiatan berkaitan maksiat dikesan di tiga lagi rumah urut berlesen.



Siasatan awal juga mendedahkan bahawa dua wanita, berusia 37 dan 45 tahun, telah dikatakan menyediakan khidmat seks di pusat urut berkenaan, tambah polis.



Operasi tersebut, yang dijalankan oleh Divisyen Polis Ang Mo Kio antara 4 dengan 11 Ogos, melibatkan serbuan di rumah urut yang terletak di kawasan Ang Mo Kio Avenue 4, Ang Mo Kio Avenue 10, Brighton Crescent, Hougang Avenue 8, Upper Paya Lebar Road dan Yio Chu Kang Road.



Di bawah undang-undang, perniagaan yang didapati bersalah mengendalikan perniagaan khidmat urut tanpa lesen yang sah boleh dikenakan denda $10,000, dipenjara sehingga dua tahun, atau kededuanya.



Bagi pesalah berulang, mereka boleh dikenakan denda tidak lebih daripada $20,000, hukuman penjara sehingga lima tahun, atau kededuanya.



Mereka yang didapati melanggar undang-undang dan syarat-syarat yang ditetapkan pula boleh dikenakan denda tidak lebih daripada $5,000.



Bagi pesalah berulang, mereka boleh dikenakan denda tidak lebih daripada $10,000, hukuman penjara sehingga dua tahun, atau kededuanya.



"Polis telah secara konsisten mengambil tindakan penguatkuasaan di rumah urut untuk membasmi kegiatan maksiat dan haram lain. Pesalah akan dikenakan hukuman mengikut undang-undang," tambah polis dalam kenyataan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >