Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CNB SERBU SINDIKET DADAH

Operasi sasar transaksi dadah guna aplikasi sembang berhasil

Pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB) melakukan tugas yang penting dalam memastikan Singapura bebas dadah. Namun, tugas yang dijalankan itu dipenuhi risiko dan bahaya. Wartawan BERITA HARIAN NATASHA MUSTAFA berpeluang menyertai satu operasi anti dadah yang dijalankan CNB dan dapat melihat bagaimana para pegawai biro itu menjalankan tugas mereka.
Dec 02, 2021 | 05:30 AM



DENGAN penggunaan aplikasi kiriman mesej kini menjadi semakin popular, ia kian menjadi wadah bagi sindiket dan pengedar dadah melakukan kegiatan terlarang mereka.



Aplikasi seperti Telegram yang dapat menyembunyikan identiti pengirim mesej itu memberi gambaran kepada sindiket dan pengedar itu bahawa mereka dapat menjalankan aktiviti mereka tanpa dikesan.



Ternyata, tanggapan mereka itu jauh tersasar.



Wartawan telah berpeluang menyertai operasi Biro Narkotik Pusat (CNB) baru-baru ini dan berkesempatan meninjau usaha membanteras penagih dadah, selepas modus operandi mereka berjaya dikesan.



Ia merupakan sebahagian daripada operasi membasmi dadah seluruh negara yang dijalankan dari 16 November hingga 30 November lalu.



Seramai 50 individu yang disyaki pesalah dadah ditangkap dalam operasi selama sebulan itu.



Dalam operasi seluruh pulau yang disasarkan kepada transaksi dadah yang dijalankan menerusi aplikasi sembang yang disulitkan, CNB telah merampas antara lain kira-kira 55gram 'Ice', 395 gram ganja, 48 gram ketamin, 44 pil'Ecstasy', 14 LSD (lysergic acid diethylamide), 25 gram Bahan Psikoaktif Baharu (NPS), 15 tablet Erimin-5 dan tiga botol cecair yang disyaki mengandungi GHB (gamma-hydroxybutyrate).



Dadah yang dirampas itu dianggarkan bernilai $20,400.



Dalam operasi di kawasan Timur Singapura itu, pihak media dibawa ke beberapa rumah yang berlainan termasuk kondominum, rumah teres serta flat HDB.



Di salah sebuah lokasi di Tampines St 82, wartawan menyaksikan bagaimana operasi serbuan dilakukan, daripada pengawasan hinggalah kepada individu yang disyaki menyalahguna dadah digari.



Di lokasi tersebut, wartawan telah melihat pegawai CNB membawa keluar barangan yang dirampas, dan dibawa keluar dari lokasi tersebut dalam beg-beg plastik.



Menurut jurucakap CNB, mereka telah merampas satu paket yang diisi dengan dadah 'Ice' selain beberapa peralatan dadah termasuk 7 keping paip kaca.



Jurucakap itu menambah, individu yang disyaki bersalah ini merupakan lelaki warga Singapura berusia 39 tahun.



Pihak media kemudian turut juga di bawa ke satu lagi lokasi di Sims Avenue East.



Di sana, wartawan dapat meninjau para pegawai CNB melakukan persiapan sebelum menjalankan serbuan.



Antaranya, mereka melakukan pemeriksaan kawasan di sekitar lokasi berkenaan bagi memastikan setiap laluan untuk individu yang disyaki menyalahguna dadah melarikan diri dapat dikawal.



Semasa memasuki rumah yang didiami seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun itu, pegawai CNB terus ke bilik tidur di mana mereka dilihat memeriksa barang peribadi individu tersebut selain menyoal siasat beliau.



Seluruh proses itu dilakukan dengan tenang.



Di lokasi berkenaan, pegawai CNB telah merampas 5 paket mengandungi kira-kira 2.4 gram bahan yang kelihatan seperti kristal yang dipercayai 'Ice' dan juga peralatan dadah.



Selain kawasan Timur Singapura, operasi selama sebulan seluruh negara itu turut meliputi kawasan Ang Mo Kio, Boon Lay, Hougang dan Punggol.



Menurut CNB, individu paling muda yang ditahan dalam operasi itu ialah seorang lelaki warga Singapura berusia 20 tahun. Lelaki tersebut disyaki seorang penyalahguna dadah.



Operasi tersebut disokong Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Penguasa Sains Kesihatan (HSA).



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, CNB berkata mereka tahu bahawa penjenayah, termasuk sindiket pengedaran dadah, telah menggunakan aplikasi sulit seperti Telegram untuk aktiviti terlarang mereka.



Biro itu menambah, pihaknya akan terus memantau wadah kiriman mesej tersebut dan akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pesalah yang menggunakan platform tersebut untuk aktiviti dadah mereka.



Superintendan Aaron Tang, Pengarah Bahagian Perisikan berkata:



"Kami tahu modus operandi mereka, dan akan terus gigih dalam membuat langkah susulan terhadap mereka yang terlibat dalam melakukan perkara terlarang ini dengan mengumpulkan risikan dengan teliti dan melancarkan operasi tepat pada masa untuk mebangkap para pesalah ini.



"Tidak kira platform atau taktik yang digunakan dalam usaha untuk mengelak pengesanan, tidak ada tempat selamat bagi pesalah dadah di Singapura," ujarnya.



Siasatan ke atas kegiatan dadah bagi semua individu yang ditangkap sedang dijalankan.



Saksikan video serbuan CNB menerusi lensa wartawan BH di BH.sg




OPERASI ANTI-DADAH BERKAITAN APLIKASI KOMUNIKASI TELEGRAM



Antara Jan 2019 - 17 Sept 2021, Biro Narkotik Pusat (CNB) telah menangkap seramai 77 pengedar dadah yang dikaitkan dengan transaksi dadah melalui Telegram



  • Ini termasuk lima yang dikenali sebagai pengendali saluran dadah di Telegram.

Antara dadah berkaitan dengan transaksi di wadah Telegram yang diberkas semasa tempoh itu termasuk:



  • 487g heroin

  • 14,238g 'Ice'

  • 7,685g ganja

  • 1,100g boleh dimakan kanabis

  • 181g ketamin

  • 388 tablet 'Ecstasy'

  • 4,811g 'Ecstasy'

  • 215 Erimin-527 tablets, (setem lysergic acid diethylamide),

  • 28g bahan Psikoaaktif Baru (NPS).

Jumlah dadah yang dirampas secara keseluruhan



  • 487g heroin

  • 14,238g 'Ice'

  • 7,685g ganja

Dadah yang dirampas ini cukup untuk menampung ketagihan kira-kira 230 penyalahguna heroin, 8,140 'Ice' dan 1,100 kanabis selama seminggu.



Pada tempoh yang sama, CNB telah menangkap seramai 154 penyalahguna dadah yang dikaitkan dengan transaksi Telegram, dengan 71% daripada mereka yang ditahan berumur di bawah 30 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >