Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Operasi seperti biasa di pusat pertukaran bas Toa Payoh, Punggol

Pusat pertukaran bas Bishan dan Sengkang juga kelompok Covid-19 selain Toa Payoh dan Punggol
Aug 28, 2021 | 05:30 AM



KHIDMAT bas lancar dan kakitangan di dua pusat pertukaran bas di Punggol dan Toa Payoh menjalankan tugas seperti biasa semalam, sehari selepas kededua tempat itu dinamakan sebagai kelompok Covid-19 baru.

Pemandu bas, kakitangan khidmat pembersihan dan staf di kedai makan dan minuman berkata hari kerja mereka berjalan seperti biasa, tetapi ada yang meluahkan keprihatinan tentang kelompok koronavirus aktif di tempat kerja mereka.

Kelmarin, Kementerian Kesihatan (MOH) mengumumkan semua kakitangan di Pusat Pertukaran Bas Punggol dan Pusat Pertukaran Bas Toa Payoh akan diuji bagi Covid-19 selepas kelompok jangkitan dikesan di sana.

Pusat pertukaran bas di Toa Payoh, yang diuruskan oleh SBS Transit, penuh semasa waktu makan tengah hari, dengan kakitangannya dilihat memasuki kantin yang kecil.

Tempat-tempat lain yang menjual makanan di pusat perhentian bas besar dan berhawa dingin itu juga dipenuhi orang dan ramai orang, termasuk pemandu bas dilihat membeli makanan untuk dimakan di tempat lain, lapor The Straits Times.

Empat pemandu yang ditemui berkata mereka tidak berasa prihatin meskipun pusat perhentian itu adalah kelompok koronavirus yang aktif. Kesemuanya enggan dikenal pasti.

Salah seorang daripada mereka berkata kebanyakan pemandu bas SBS Transit telah divaksin sepenuhnya, dengan hanya sekitar dua peratus belum menerima vaksin sepenuhnya.

Seorang lagi berkata masa rehat mereka singkat, dan mereka biasanya makan dengan cepat dan tidak berada lama di kantin sebelum menyambung semula kerja.

Keadaan yang serupa dilihat di Pusat Pertukaran Bas Punggol.

Namun, kantin di sana ditutup untuk dibersihkan dan kakitangan dilihat membawa makanan yang dibeli di kedai-kedai lain di kawasan itu.

Pusat pertukaran bas itu dan pemandunya diuruskan oleh Go-Ahead Singapore.

Seorang pemandu bas yang enggan namanya disiarkan berkata ujian bagi dirinya dan rakan kerja dilakukan secara dari semasa ke semasa.

Beliau berkata beliau telah diuji dua kali pada minggu lalu.

Buat masa ini, terdapat empat kelompok Covid-19 aktif yang dihubungkan dengan pusat pertukaran bas, termasuk di Bishan dan Sengkang yang kededuanya diumumkan pada 14 Ogos.

ST berkata ia telah menghubungi SBS Transit dan Go-Ahead Singapore, serta Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) untuk memberi komen mengenai kelompok di pusat pertukaran bas di serata negara.

Pakar penyakit berjangkit berkata penumpang tidak seharusnya berasa terlalu prihatin jika mereka telah pergi ke pusat pertukaran bas yang terjejas.

Sebaliknya, mereka harus memantau kesihatan mereka sebagaimana yang biasa dilakukan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >