Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Orak langkah ke peringkat prauniversiti setelah berjaya gagahi pelbagai cabaran

Jan 20, 2019 | 05:30 AM



SEWAKTU masih menuntut di darjah enam, Fathurrahman Mohamed Yazid kehilangan bapa, nenek dan pak ciknya yang meninggal dunia pada tahun yang sama.



Waktu itu, dia perlu menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE).



Perjalanannya meniti bangku sekolah menengah setelah itu juga bukanlah mudah.



Di samping mengatasi kekosongan yang dirasakan dengan kehilangan ahli keluarga terutama bapanya, Fathur juga perlu mengimbangi sekitar 13 subjek, ditambah lagi dengan stres peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat 'O'.



"Dalam empat tahun itu, saya tak ada seorang bapa, dan setiap kali saya rasa sedih, tidak ada motivasi untuk belajar, atau penat, saya teringat bapa saya. Beliau mesti mahukan saya melakukan yang terbaik... dan saya juga mahu membanggakan ibu," jelas anak muda ini dengan tutur kata yang lembut.



Ibunya seorang suri rumah.



Berbekalkan kecekalan, Fathur, 16 tahun, menggagahi apa jua cabaran yang menimpanya dan berusaha sebaik mungkin menuju matlamatnya, iaitu melanjutkan pelajaran dalam bidang ukhrawi.



Kelmarin, pelajar Madrasah Aljunied Al-Islamiah itu menerima keputusan peperiksaan GCE Peringkat 'O'.



Dia sudah pun berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat prauniversiti di Madrasah Aljunied Al-Islamiah, sesuatu yang amat menggembirakannya.



Apakan tidak, hajat dia mahu sampai ke universiti Islam di luar negara bagi mendalami ilmu ukhrawi.



Dalam kalangan keluarga Fathur, dia satu-satunya dalam empat adikberadik yang melalui pendidikan madrasah kerana yang lain menuntut di sekolah sekular.



Oleh sebab sukar bagi anak bongsu itu merujuk kepada keluarganya sekiranya menghadapi kesukaran dalam pelajaran ukhrawi di rumah, dia tidak sesiakan masa di sekolah.



"Saya pastikan saya memberi tumpuan penuh dalam kelas. Jika ada sebarang pertanyaan, saya akan ajukan kepada guru, kerana nanti kalau ada soalan di rumah, tak ada orang boleh jawab," ujar pengawas sekolah itu.



Walaupun jadualnya padat kerana sering pulang lewat ke rumah lebih-lebih lagi jika ada kelas malam, Fathur tetap memberikan yang terbaik dan usahanya berbaloi.



Kini, dia selangkah lebih dekat mencapai cita-citanya.



Nasihatnya, yang mahu menjadi penulis satu hari nanti, adalah mengenal pasti minat yang dapat menimbulkan semangat yang membantu seseorang kekal produktif dalam pelajaran.



Tambahnya: "Walau apa pun yang berlaku dalam kehidupan kita atau apa jua keputusan yang kita dapat, tidak mengapa kerana kita telah melakukan yang terbaik dan ia adalah ketentuan Allah. Kita hanya mampu menerima, pandang ke depan dan beri yang lebih baik." - NUR HUMAIRA SAJAT




"Dalam empat tahun itu, saya tak ada seorang bapa, dan setiap kali saya rasa sedih, tidak ada motivasi untuk belajar, atau penat, saya teringat bapa saya. Beliau mesti mahukan saya melakukan yang terbaik... dan saya juga mahu membanggakan ibu."
- Fathurrahman Mohamed Yazid.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >