BELANJAWAN 2019
Orak langkah perkasa belia berbilang kaum
Feb 19, 2019 | 05:30 AM
DUA tahun lalu, Encik Mohamad Shaleem Khamalluden meninggalkan jawatan sebagai teknisyen pesawat - tugas yang disandang selama 17 tahun - demi memberi tumpuan lebih holistik kepada usaha membantu memperkasa belia di sini.
Beliau kini bertugas sebagai pegawai kebajikan pelajar di Sekolah Northlight - jawatan yang selari dengan kegiatan sukarelawan yang dijalankannya setiap bulan menerusi PALS Singapore, kata Encik Shaleem.