Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Orang awam diundang kongsi pandangan tentang maklumat yang perlu diberikan di Portal Amal

Sep 29, 2021 | 06:01 PM



BADAN amal dan anggota awam akan diundang untuk berkongsi pandangan tentang maklumat yang perlu diberikan di portal Amal dalam talian.


Langkah tersebut bertujuan untuk memberikan penderma dan pembuat geran maklumat yang dapat membantu mereka membuat keputusan yang lebih baik apabila menderma, menurut Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong pada Rabu (29 September).


Wadah dalam talian tersebut, yang merupakan laman Agensi Pemerintah Singapura, mengumpulkan sumber untuk badan amal serta memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat tentang badan amal termasuk laporan tahunan dan maklumat kewangan.


Tahun lalu, Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia telah berkongsi ia akan menyediakan maklumat asas di laman profil badan amal di portal tersebut untuk memperbaiki ketelusan dan menambah keyakinan masyarakat awam terhadap sektor tersebut.


Maklumat ini merangkumi status kepatuhan bagi penyerahan peraturan badan amal dan skor kepatuhannya bagi Kod Pentadbiran bagi Badan Amal dan Institusi Bertaraf Awam (IPC).


Pelancaran portal itu akan dilakukan secara bertahap, bermula dengan IPC, menurut Encik Tong.


Tambahnya, perundingan kumpulan kecil sudah dimulakan untuk mengumpulkan beberapa idea mengenai pelaksanaannya, namun semua badan amal dan masyarakat awam akan diundang berkongsi pandangan mereka mengenai maklumat yang harus disertakan dan cara ia dipapar.


Encik Tong berkata demikian semasa Sidang Pentadbiran Amal, dengan tema Ke Arah Pentadbiran Cemerlang - Membina Badan Amal yang Mampan dan Progresif, dengan 700 peserta dalam talian.


“Ini akan menanamkan keyakinan tinggi dalam kalangan anggota masyarakat awam dan memberi penderma dan pembuat geran gambaran ringkas berkaitan pematuhan peraturan badan amal itu dan membantu mereka membuat pilihan yang lebih baik,” kata Encik Tong.


Tambahnya, jumlah derma yang diterima sebelum pandemik meningkat dari $2.5 bilion pada 2014 kepada $3.2 bilion pada 2019.


Sepanjang 10 tahun lalu, jumlah IPC pula telah meningkat kepada lebih 640 hari ini berbanding 540.


Beliau turut menggesa badan amal agar memanfaatkan kerjasama yang dibina selama ini.


Badan amal lebih kecil, umpamanya, perlu menggunakan kepakaran karyawan untuk meningkatkan tahap pematuhan dan piawai pentadbiran mereka, katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >