Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

'Orang baru' giat kenali budaya masyarakat

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

'Orang baru' giat kenali budaya masyarakat

Feb 02, 2020 | 05:30 AM

MULA-MULA, beliau berpindah ke Singapura kerana sekadar mahu mengejar peluang
pekerjaan demi kehidupan yang lebih baik.

Namun, lama kelamaan, negara ini lebih daripada tempat untuk mencari sumber
pendapatan, tetapi sudah ibarat rumah kedua baginya.
Justeru, walaupun sudah lebih sedekad beliau tinggal di Singapura, Encik Anthony Garcia,
35 tahun, menikmati setiap detik pengalamannya di Singapura.

Malah, beliau memastikan beliau terus berusaha mengenali masyarakat Singapura dan
mendalami budaya di sini.
“Berpindah ke negara asing sendiri, dengan hanya satu bagasi, tanpa saudara untuk
menyambut saya di lapangan terbang adalah perkara menggentarkan yang saya perlu
tangani pada mulanya.

“Setelah sudah menetap di sini, saya perlu berusaha memperbaiki hubungan saya dengan
orang di sekeliling dalam persekitaran baru.

“Ia mencabar kerana anda bukan sahaja perlu sesuaikan diri dengan cara kehidupan warga
Singapura, tetapi juga budaya dan sikap mereka daripada serata dunia yang kita dapat
bertemu dan berinteraksi bersama hari demi hari,” ujarnya yang merupakan penganalisa
perniagaan bank.

Sejak lebih tiga tahun lalu, Encik Anthony melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan
integrasi Persatuan Rakyat (PA), contohnya, dalam fiesta masyarakat, tidak kira sebagai
relawan bagi persembahan atau penganjur bagi bengkel masyarakat.

Dari segi mendekati masyarakat Melayu, Encik Anthony melibatkan diri dalam kegiatan
seperti pengagihan bubur Ramadhan di Teck Ghee, dan Acara Lari Warisan Budaya di
Wisma Geylang Serai.

Untuk berkongsi budaya pula, Encik Anthony mengadakan sesi bengkel untuk mengajar
warga Singapura bagaimana untuk membuat Parol, iaitu tanglung Krismas Filipina
tradisional.

Warga Filipina itu berkata beliau berterima kasih bahawa PA terus menyokong perkongsian
sebegini kerana ia membolehkan hubungan untuk dijalinkan antara mereka daripada latar
belakang berbeza supaya dapat mempelajari dan memahami tentang diri masing-masing
dengan lebih baik.

Dalam pada itu, beliau turut membuat persembahan dalam Harmony Extravaganza, satu
pementasan anjuran Majlis Integrasi dan Pewarganegaraan PA dengan kerjasama Majlis
Integrasi Nasional (NIC).

Ini merupakan sebahagian daripada perayaan ulang tahun ke-200 Singapura, dan ulang
tahun ke-10 NIC.

Ketika ditanya jika pernah melalui pengalaman negatif bersama warga Singapura, Encik
Anthony, berkata warga Singapura rata-ratanya baik dan menerima kehadiran pendatang
baru sepertinya.

Begitupun, Encik Anthony menekankan bahawa pendatang baru juga perlu memainkan
peranan untuk merapatkan hubungan dengan masyarakat di sini.

Sepanjang masa beliau menetap di Singapura, Encik Anthony lama-lama mendapati
terdapat banyak persamaan antara Filipina dengan Singapura.

Contohnya, ada makanan yang mengingatkannya tentang makanan di Filipina – Ice Kacang
seperti Halo-Halo, dan Popiah seperti Lumpia.

“Hubungan keluarga rapat yang saya lihat sewaktu Tahun Baru Cina dan Hari Raya juga
banyak mencerminkan hubungan keluarga kuat sewaktu Krismas di rumah saya di Filipina,”
ujar bujang itu.

Sejak melibatkan diri dalam projek integrasi PA, jiwanya lebih dekat dengan Singapura.

Beliau yang berharap dapat menjadi penduduk tetap Singapura satu hari nanti berkata:

“Saya telah menjalinkan hubungan yang lebih baik dengan masyarakat dengan berkongsi
apa yang saya ada dari tempat asal saya, dan dengan menerima, meneroka, dan
memahami Singapura serta kepelbagaian yang datang seiring dengannya. Melalui cara ini,
saya rasa lebih di rumah dan bukan mudah untuk tinggalkan tempat di mana jiwa anda
berada. Ini sesuatu yang saya harap dapat sampaikan kepada mereka dari negara saya
serta warga asing lain yang bekerja dan tinggal di sini.”

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3