Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:31
Maghrib
7:15
Isyak
8:27

Orang dewasa boleh guna Medisave bagi vaksin yang disarankan mulai 1 November

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Orang dewasa boleh guna Medisave bagi vaksin yang disarankan mulai 1 November

Oct 21, 2017 | 04:43 PM

ORANG dewasa boleh menggunakan Medisave untuk membayar bagi vaksinasi yang disarankan mulai 1 November ini dengan Jadual Imunisasi Dewasa Nasional (NAIS) yang baru.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata NAIS akan memberi panduan mengenai vaksinasi yang perlu didapatkan orang ramai yang berusia 18 tahun ke atas untuk melindungi diri mereka daripada penyakit yang dapat dicegah oleh vaksin.

NAIS akan menyediakan karyawan perkhidmatan awam serta penjagaan kesihatan dengan maklumat mengenai vaksinasi dan kekerapan vaksin yang diperlukan, serta menyasarkannya kepada kumpulan sasaran yang memerlukan vaksinasi tersebut.

NAIS dibangunkan berdasarkan saranan Jawatankuasa Pakar nasional mengenai Imunisasi dan terdiri daripada tujuh jenis vaksin yang melindungi daripada 11 penyakit.

Ini termasuk influenza, hepatitis B dan papillomavirus manusia.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3