Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Orang Kampung Kuchai mahir kegiatan laut

Beberapa penduduk luah rasa gembira dan terharu lawat bekas tapak kampung dekat Lorong 3 Geylang
Mar 04, 2019 | 05:30 AM



SUDAH lebih empat dekad sejak Kampong Kuchai dirobohkan namun kenangan indah yang dibina di kampung itu sewaktu kecil masih lagi berliga di minda penduduknya.



Bak kata orang tua, tempat jatuh lagi dikenang, inilah perasaan yang dirasai Cik Zaiton Salleh, 60 tahun, penduduk asal yang dilahir di Kampung Kuchai.



Beliau berkongsi pengalaman tersebut ketika dibawa melawat tapak kawasan kampung yang pernah wujud di Lorong 3 Geylang, tidak jauh dari Pasar dan Pusat Makanan Upper Boon Keng, bersama sekumpulan penduduk asal kampung itu.



Sambil mengimbas detik manis semasa menetap di Kampong Kuchai, Cik Zaiton berkongsi pengalaman menangkap ikan dan ketam di sungai ketika usianya tujuh tahun.



"Apabila air pasang, saya suka pergi tangkap ikan yang berwarna-warni di sungai. Senang sekali, ceduk dengan gayung sahaja sudah dapat ikan itu.



"Kemudian, saya simpan dalam botol di rumah selama beberapa hari. Sudah puas bermain dengan ikan-ikan itu, saya buang semula ke dalam sungai," ujar beliau, seorang jururawat itu.



Menurut seorang lagi penduduk Kampung Kuchai, Encik Mohamed Nassir Ismail, 62 tahun, penduduk Kampung Kuchai, yang pernah digelar sebagai keturunan Orang Laut Singapura, mahir dalam memastikan musim ikan dan makanan laut lain.



Tidak hairanlah jika kegiatan mereka berubah-ubah mengikut masa.



"Saya suka menangkap ikan apabila air sungai pasang. Apabila air mula surut, saya akan tangkap ketam pula.



"Saya akan ambil lidi penyapu dan cari sabut kelapa dari sebuah kedai runcit yang kami panggil Kedai Bakar untuk buat gelang di hujung lidi.



"Saya akan bidik ke arah sepit ketam dan tarik lidi untuk nak dapatkan ketam.



"Selalunya saya tangkap ketam-ketam ini secara suka-suka sahaja. Selepas itu, saya buang semula ke dalam sungai," kongsinya lagi.



Menurut Cik Zaiton, ada kalanya beliau akan terpekik dan berasa sakit apabila terkena sepit ketam, namun beliau dan rakan-rakannya tetap melakukan kegiatan itu hampir setiap hari kerana ia menyeronokkan.



Bagi Encik Mohamed Nassir, yang merupakan cucu ketua dan peneroka Kampung Kuchai, pengalaman yang tidak dapat beliau lupakan semasa membesar di kampung itu adalah apabila beliau ditolak seorang kawan tanpa sengaja ke dalam kolam yang sedang pasang airnya.



"Semenjak kejadian itu, saya terus pandai berenang sehinggakan mengajar abang saya yang tidak pernah berenang," ceritanya sambil tergelak.



Seorang lagi penduduk asal Kampong Kuchai , Encik Jaffar Mohamad, 74 tahun, pula berkongsi pengalaman menyambut Hari Raya dalam suasana kampung mengalami banjir akibat hujan pada awal 1960-an.



"Saya masih ingat lagi masa itu hujan lebat, air pasang penuh. Periuk-periuk orang masak semua hanyut dan titi untuk berjalan ditenggelam air.



"Kami tak dapat pergi sembahyang Hari Raya di surau. Semua orang duduk rumah masing-masing, tak sambut Hari Raya," kata noja di Masjid Haji Mohd Salleh itu.



Ditanya mengenai perasaan mereka dapat 'pulang' berziarah kawasan kampung mereka, kededua Cik Zaiton dan Encik Jaffar meluahkan rasa gembira dan bersyukur.



"Memang suka, rasa sangat gembira sebab kalau dikenang kembali, itu adalah tempat bermain dan tinggal sejak remaja," kata Encik Jaffar dengan perasaan penuh ghairah.



Bagi Cik Zaiton, yang sedang menulis kisah pengalaman hidupnya di Kampong Kuchai dalam buku kedua Encik Mohamed Nassir, ia pengalaman suka bercampur sedih.



"Saya memang suka dan pada masa yang sama terharu sekali dapat kembali ke tempat asal sebab banyak sekali kenangan di sini," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >