Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Orang Kg Khaji meriah beraya

Jul 25, 2016 | 05:30 AM



SAMBUTAN Hari Raya tahun ini sememangnya lebih meriah lagi bagi bekas penduduk kampung di Bussorah Street, Baghdad Street dan Pahang Street yang dapat peluang berkumpul semula.



Kali terakhir mereka mengadakan perjumpaan sedemikian adalah 20 tahun lalu.



Semalam, sekitar 460 bekas penduduk Kampung Khaji/Haji, Kampung Tembaga, Kampung Dalam dan Kampung Intan berhimpun di Orchid Country Club bagi meraikan sambutan Hari Raya dan menghidupkan semula semangat kampung yang padu seperti dulu.



Perjumpaan itu juga merupakan yang terbesar berbanding perjumpaan lain yang pernah diadakan dulu.



Turut hadir ialah Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



"Perjumpaan ini menyediakan wadah bagi penduduk mengeratkan semula tali silaturahim dan mengingat kembali zaman duduk di kawasan Kampung Glam dulu.



"Perhimpunan besar ini menandakan bukan saja kemeriahan ikatan silaturahim, bahkan kemajuan orang-orang di sini.



"Ini satu ciri masyarakat Melayu/Islam yang kita harus banggakan. Dalam satu generasi saja, kita melihat anak-anak kita berjaya," kata Encik Masagos.



Beliau menambah, masyarakat Melayu/Islam juga berjaya mengekalkan ciri budaya kita.



"Saya lihat ramai yang masih pakai baju Melayu berserta songkok dan bangga jadi orang Melayu.



"Saya harap kita kekalkan identiti ini dan dapat hidup harmoni," tambahnya.



Antara bekas penduduk yang menyertai perjumpaan semalam ialah Hajah Galoh Haji A. Hamid.



Beliau telah mengumpulkan 70 anggota keluarganya daripada tujuh keluarga.



"Saya gembira dapat berjumpa semula jiran-jiran lama. Setelah kami berpindah keluar dari kawasan itu, kami jarang bertemu.



"Majlis ini bukan saja mengembalikan kenangan lama, malah memberi peluang anak-anak kami mengenali satu sama lain," kata Hajah Galoh, 75 tahun.



Dalam pada itu, penganjur majlis yang merupakan bekas penduduk Kampung Khaji, Encik Rosman Sahlan, berkata:



"Diharapkan melalui acara ini dapat juga generasi anak muda kami mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat.''



Selepas majlis itu, mereka langsung ke kawasan Bussorah Street untuk bergambar ramai sebagai menghidupkan kenangan silam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >