Golongan perintis turut beraksi dalam Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini. Antara mereka ialah Pegawai Waran Pertama (1WO) (Bersara) Mohd Saleh Amir Khan Surattee yang akan berbaris bagi Perbarisan Vintaj dan Cik Sariah Tomin yang akan berbaris bagi kontinjen OnePeople.sg. Walaupun ini bukan kali pertama mereka turut serta, rasa keghairahan dan kebanggaan untuk berbaris tetap membara. Berita Harian menghubungi mereka yang berkongsi pengalaman lama dan pendapat mereka mengapa perbarisan tahun ini lebih istimewa.
PERBARISAN Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini turut menyusur kembali sejarah Singapura sepanjang 50 tahun lalu.