Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Orang lama' tetap semangat sertai NDP

Sambutan Hari Kebangsaan mungkin berbeza tahun ini dek Covid-19, namun tidak bermakna ia kurang istimewa. BERITA HARIAN menemu ramah seorang individu yang menyumbang tenaga dan kreativitinya bagi Perbarisan Hari Kebangsaan tahun ini.
Aug 19, 2021 | 05:30 AM



MELIHAT arwah ayahnya menjadi sebahagian daripada kontinjen berbaris di Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) sebagai anak kecil, Cik Jumairah Jumaruddin selalu tertanya bagaimana rasanya berada di atas pentas yang besar.



Mahu mengalaminya sendiri, beliau menyertai NDP di Padang pada tahun 1974 untuk pertama kalinya sebagai seorang pelajar menengah satu dalam kontinjen berbaris.



Penglibatannya berterusan sehingga 2005 sebelum beliau berehat daripada menyertai perbarisan itu kerana komitmen kerjanya sebagai seorang pembantu kesihatan di Hospital Tan Tock Seng.



Menyertai NDP sekali lagi pada 2014, Cik Jumairah mencuba peranan baru sebagai penari di atas pentas hingga ke hari ini.



Meskipun mempunyai pengalaman bertahun-tahun di NDP, persembahannya yang akan dilakukan di tengah pandemik Covid-19 pada Sabtu nanti akan menjadi persembahan yang beliau tidak akan dapat lupakan.



Cik Jumairah, 60 tahun, berkata beliau sebelum ini menyertai NDP hanya untuk bersuka ria, namun tahun ini, penyertaannya dalam acara tahunan ini mempunyai makna yang berlainan.



"Saya rasa ini adalah sumbangan kecil saya kepada negara.



"Saya tidak mempunyai kemahiran lain, jadi saya rasa ini adalah antara perkara yang saya dapat lakukan untuk penduduk Singapura.



"Sedikit sebanyak, saya berharap dapat memberi keceriaan melalui persembahan saya yang akan ditayangkan semasa NDP nanti," katanya.



Mengulas mengenai proses persiapan bagi NDP tahun ini, Cik Jumairah, seorang penari bersama Persatuan Rakyat (PA), berkata ia agak berbeza daripada tahun-tahun lalu.



Tahun ini, untuk mengurangkan jumlah orang di platform terapung Marina Bay demi menjaga jarak sosial, penari diasingkan di seluruh platform terapung itu serta empat tempat satelit yang berlainan ini termasuk Stadium ActiveSG Yio Chu Kang.



Menurut ibu tiga anak itu, sebelum persembahannya dirakam di Stadium ActiveSG Yio Chu Kang, mereka telah banyak menjalankan latihan mereka dalam talian.



"Berlatih dalam talian agak sukar kerana kadangkala apa yang kita lihat adalah gambaran cermin.



"Jadi apabila kita berlatih bersama secara fizikal, ada juga yang mendapatkan pergerakan tarian yang salah.



"Kerana saya pernah melakukan pembedahan penggantian lutut yang dilakukan pada 2010, ada juga pergerakan tarian tertentu yang saya tidak dapat lakukan," katanya.



Tambah anak sulung daripada lima beradik itu, beliau dan rakan-rakannya turut menghadapi cabaran semasa rakaman dengan cuaca hujan di Singapura.



"Kami terpaksa menari di padang yang berlumpur ketika merakam bahagian kami selama empat hari berturut-turut kerana cuaca agak buruk.



"Sukar sebenarnya kerana kami tidak dapat melihat tanda-tanda di mana kami seharusnya berdiri, dengan lumpur menutup tanda-tanda itu," selorohnya.



Walaupun menghadapi cabaran tersebut, Cik Jumariah, yang lebih dikenali ramai sebagai "Nek Jum", berkata anak-anak muda memberinya semangat untuk terus menampilkan prestasi yang terbaik.



"Suasana melakukan persembahan bersama penonton dan tiada penonton tidak sama.



"Memang penat melakukan rakaman, tetapi mereka yang muda banyak memberi saya kata-kata semangat! Jadi kita semua bersama-sama tersemyum lebar dan menari dengan penuh perasaan," ujarnya.



Sebagai warga Singapura yang telah menyertai banyak acara NDP, Cik Jumariah berharap dapat menjadi inspirasi bagi anak-anak muda untuk menari dalam acara ini, terutama cucunya.



"Sebenarnya saya membawa cucu saya untuk menyertai bersama saya setiap tahun sejak beliau darjah enam.



"Meskipun beliau tidak dapat menyertai tahun ini, saya tidak sabar untuk melakukan persembahan bersama cucu saya dalam NDP dalam masa akan datang," ujarnya.




"Saya rasa ini adalah sumbangan kecil saya kepada negara.

Saya tidak mempunyai kemahiran lain, jadi saya rasa ini adalah antara perkara yang saya dapat lakukan untuk penduduk Singapura.

Sedikit sebanyak, saya berharap dapat memberi keceriaan melalui persembahan saya yang akan ditayangkan semasa NDP nanti."

- Cik Jumairah Jumaruddin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >