Orang Melayu pakar Cina
Jan 28, 2020 | 05:30 AM
JIKA masyarakat Cina setempat mahu mencari pakar dalam membincangkan perihal nilai orang Cina dan nilai Confucianisme, satu nama menjadi perhatian mereka - Encik Jaffar Kassim.
Walaupun beliau orang Melayu, Encik Jaffar fasih berbahasa Mandarin dan mempunyai pengetahuan mendalam lagi luas mengenai nilai Confucianisme.