Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Orang ramai beri penghormatan terakhir kepada Aloysius Pang pada hari kedua

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Orang ramai beri penghormatan terakhir kepada Aloysius Pang pada hari kedua

Jan 27, 2019 | 02:59 PM

RATUSAN peminat dan rakan-rakan menghadiri hari kedua peringatan awam bagi upacara penghormatan terakhir pelakon setempat Aloysius Pang hari ini (27 Jan) di MacPherson.

Memakai pakaian berwarna suram seperti hitam, kelabu dan putih, pelawat pelbagai usia beratur dengan sabar sejak sekitar 10 pagi di bawah matahari untuk memberi penghormatan terakhir mereka, lapor The Straits Times.

Mendiang Pang, 28 tahun, meninggal dunia malam Rabu lalu akibat kecederaan yang dialami Sabtu lalu (19 Jan) semasa latihan ketenteraan di New Zealand.

Koperal Kelas Pertama (CFC) (NS) sedang melakukan kerja pembaikan Meriam Howitzer Gerak-Sendiri Singapura (SSPH) dan mengalami kecederaan parah pada dada dan perutnya apabila laras meriam diturunkan ke paras lebih rendah, kata Mindef.

Peringatan awam itu berakhir tengah hari tadi dan diikuti servis peringatan pada sekitar 1.30 petang di mana mendiang diberi penghormatan pengebumian tentera.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3