Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Orang ramai boleh guna IC digital di aplikasi Singpass mulai Isnin depan

IC
Oct 29, 2021 | 05:30 AM



BERMULA Isnin depan, orang ramai boleh menggunakan kad pengenalan (NRIC) digital di aplikasi Singpass untuk menggunakan atau memohon bagi mendapatkan khidmat di agensi perkhidmatan awam secara fizikal.



Ini diumumkan Pejabat Negara Bijak dan Pemerintah Digital (SNDGO) dan Agensi Teknologi Pemerintah (GovTech) dalam satu kenyataan semalam.



Ini bermakna pengguna tidak perlu membawa NRIC fizikal mereka kecuali dalam keadaan apabila undang-undang memerlukan dokumen pengenalan fizikal seperti pendaftaran perkahwinan dan ketika daftar masuk ke hotel.



Antara lain, NRIC fizikal masih diperlukan semasa peperiksaan sekolah dan juga ketika memasuki Perkhidmatan Negara apabila NRIC fizikal perlu diserahkan.



Pengarah jabatan perancangan dan pengutamaan SNDGO, Encik Tan Chee Hau, berkata kepada media bahawa pemerintah masih berbincang dengan beberapa industri sektor swasta untuk menggunakan NRIC digital untuk mendaftar bagi pelan telko baru atau membuka akaun bank, selain beberapa penggunaan lain.



Penggunaan NRIC digital dan ciri Singpass yang lain akan meniadakan keperluan bagi perniagaan untuk mengambil gambar dokumen pengenalan untuk rekod mereka.



Agensi awam tidak lagi perlu membuat salinan NRIC orang ramai bermula Isnin depan.



"Jika agensi pemerintah atau sektor swasta perlu mencatat (butiran rakyat) terdapat cara lain tanpa mengambil gambar (NRIC)," kata Encik Tan kepada para wartawan.



Contohnya, terdapat ciri pengesahan dalam Singpass yang membolehkan pengguna mengimbas kod QR untuk menghantar butirannya kepada sesebuah pertubuhan.



Sebagai replika maya, NRIC digital itu mengandungi foto terkini yang dimuat naik untuk pemeriksaan visual dan kod bar yang boleh diimbas untuk mendapatkan maklumat seseorang individu.



Dokumen maya itu diterapkan dengan ciri privasi dan keselamatan. Singpass hanya akan menunjukkan empat huruf terakhir nombor NRIC, yang boleh didedahkan melalui imbasan cap jari, imbasan muka atau kata kunci.



Bagaimanapun, NRIC digital tidak akan menggantikan dokumen fizikal sepenuhnya.



Sekiranya pemegang NRIC kehilangan kad fizikalnya, beliau masih perlu melaporkannya kepada Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) untuk memohon gantian kad fizikal.



Langkah menghapuskan fungsi NRIC fizikal harus dipertimbangkan dengan teliti, kata Encik Tan, sambil menarik perhatian kedudukan NRIC dari segi undang-undang.



Namun, dari perspektif yang lebih luas untuk negara bijak, katanya, NRIC digital menunjukkan teknologi membawa kemudahan kepada orang ramai dan memperbaiki kehidupan harian mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >