Orang ramai boleh kemuka usulan isu gaji, pekerjaan: NWC
ORANG ramai yang mempunyai maklum balas mengenai gaji dan isu berkaitan pekerjaan boleh mengemukakannya kepada Majlis Gaji Kebangsaan (NWC) untuk dipertimbangkan bagi membangun garis panduan tahunan NWC.
NWC yang terdiri daripada majikan, pekerja dan wakil pemerintah - akan bermesyuarat pada April dan Mei untuk menghasilkan garis panduan tahunannya.