Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Orang ramai boleh semak daftar pengundi yang dikemas kini

Aug 01, 2017 | 05:30 AM



SERAMAI 2,515,322 orang disenaraikan dalam daftar pengundi yang dikemas kini, kata Jabatan Pilihan Raya (ELD) semalam.



Daftar yang disemak itu, yang disahkan semalam, boleh diperiksa orang ramai, umum ELD lagi.



Semakan itu diadakan menjelang pilihan raya presiden, yang dijadual pada September.



Warga Singapura boleh menyemak butiran mereka dalam daftar itu di laman Jabatan Pilihan Raya di http://www.eld.gov.sg atau pergi sendiri di mana-mana pusat atau kelab masyarakat atau Jabatan Pilihan Raya.



Mereka yang menetap di luar negara juga boleh memeriksa daftar nama mereka di mana-mana 10 misi Singapura di luar negara yang berfungsi sebagai pusat pendaftaran luar negara.



Misi tersebut ialah Suruhanjaya Tinggi Singapura di Canberra dan London, Kedutaan Singapura di Tokyo, Beijing dan Washington DC, serta Konsulat Jeneral Singapura di Hongkong, Shanghai, Dubai dan San Francisco serta Konsulat Singapura di New York.



Mereka yang ingin memeriksa daftar secara peribadi hendaklah membawa kad pengenalan atau pasport mereka.



Warga Singapura di luar negara yang namanya disenaraikan dalam daftar pengundi boleh memohon untuk mendaftar sebagai pengundi luar negara bagi Pilihan Raya Presiden yang akan datang.



Untuk mendaftar sebagai pengundi luar negara, pemohon boleh memohon menerusi laman Jabatan Pilihan Raya atau secara langsung di pusat atau kelab masyarakat di Singapura atau Jabatan Pilihan Raya di Prinsep Link atau di 10 misi luar negara Singapura itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >