Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Orang ramai digalak ambil dos penggalak hadapi Covid-19

Jul 15, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA kini mengalami gelombang Covid-19 dengan subvarian BA.4 dan BA.5 Omicron, yang membentuk setengah daripada bilangan kes setempat sejak Selasa lalu.



Pengeluar vaksin seperti Pfizer-BioNTech dan Moderna kini berusaha menghasilkan vaksin yang dikemas kini bagi menyasarkan varian-varian itu.



Akhbar The Straits Times (ST) menjawab beberapa soalan untuk menjelaskan situasi.



Soalan (S): Jika saya belum mengambil suntikan penggalak, haruskah saya tunggu vaksin baru Covid-19 sebelum melakukan demikian?



Jawapan (J): Kementerian Kesihatan (MOH) dan Jawatankuasa Pakar Vaksinasi Covid-19 amat menggalakkan sesiapa yang layak menerima suntikan penggalak untuk mengambilnya secepat mungkin.



Ini supaya mereka dapat dilindungi daripada Covid-19, terutama dengan lonjakan kes baru-baru ini, kata jurucakap MOH kepada ST.



Kajian oleh Moderna menunjukkan bahawa vaksin mereka yang terkini meningkatkan antibodi yang meneutralkan virus dengan lebih lima kali ganda terhadap subvarian Omicron.



Ini diperhatikan dalam kajian sebesar kumpulan saiz sekitar 800 orang, tidak kira jangkitan sebelumnya, sebulan setelah vaksin itu diambil individu.



Walaupun vaksin tersebut menunjukkan bahawa ia dapat melindungi individu terhadap subvarian itu, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, berkata bahawa formula vaksin sedia ada juga berkesan dalam melindungi individu daripada dijangkiti. Beliau menggesa individu layak namun belum mengambil suntikan penggalak untuk mengambilnya berbanding menunggu vaksin yang terbaru.



S: Apakah vaksin-vaksin baru ini?



J: Menurut artikel Reuters bulan lalu, Pfizer dan Novavax telah menguji vaksin baru mereka terhadap varian BA.1 Omicron memandangkan ia punca lonjakan kes Disember lalu.



Ini disusuli Moderna yang telah membaiki vaksin mereka untuk menentang subvarian BA.4 dan BA.5.



Laporan tersebut menambah bahawa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merancang untuk menilai keberkesanan vaksin yang dihasilkan untuk Omicron.



Singapura sedang memeriksa keselamatan dan keberkesanan vaksin-vaksin ini dan mungkin dapat melancarkannya menjelang akhir tahun ini jika lulus.



Menurut artikel itu lagi, syarikat-syarikat di sini telah diarahkan untuk melancarkan tempoh percubaan klinikal untuk membuktikan bahawa vaksin Covid-19 ini lebih berkesan.



S: Sejauh manakah subvarian baru ini senang berjangkit?



J: Subvarian BA.4 dan BA.5 dikesan buat pertama kali di Singapura pada pertengahan Mei lalu dan kini membentuk sehingga 80 peratus kes-kes di sini.



Walaupun varian itu dikatakan mempunyai kelebihan pertumbuhan ketara berbanding varian BA.2, Encik Ong tidak menjangka bahawa gelombang Covid-19 ini seteruk gelombang Omicron pada awal tahun 2022.



"Ini kerana ramai antara kami mempunyai imun yang lebih kuat, menerusi suntikan penggalak, ataupun telah pulih daripada jangkitan Covid-19. Justeru ini akan menghalang penularan dan jangkitan subvarian BA.4 dan BA.5," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >