Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Orang ramai digesa batas 2 interaksi sosial sehari, had 8 orang kekal

Langkah baru yang diperketat jejas pusat beli-belah, pit barbeku, tapak perkhemahan, tempat tarikan
May 01, 2021 | 05:30 AM



RAKYAT Singapura digesa agar tidak mengadakan lebih daripada dua perhimpunan sosial setiap hari, sebagai sebahagian daripada langkah lebih ketat yang dikuatkuasakan pemerintah bagi mengekang penularan virus Covid-19 dalam masyarakat menyusuli bilangan kes yang kian meningkat.



Langkah baru lain yang akan dilaksanakan sepanjang dua minggu ini akan menjejas pusat beli-belah, pit barbeku dan tapak perkhemahan serta tempat tarikan.



Bagi pusat beli-belah dan kedai lebih besar, hanya seorang dibenarkan berada dalam ruang 10 meter persegi berbanding satu orang bagi setiap lapan meter persegi sebelum ini.



Pusat beli-belah popular seperti Lucky Plaza dan Peninsula Plaza, pula akan dikenakan sekatan kemasukan hari ganjil dan genap pada hari Ahad.



Pit barbeku dan tapak perkhemahan akan ditutup kepada orang awam dan ini termasuk pit barbeku di taman, estet HDB, kondominium dan kelab mewah.



Di samping itu, mulai 7 Mei hingga 14 Mei, tempat tarikan yang telah diluluskan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) sebelum ini akan dibenarkan beroperasi, namun pada muatan 50 peratus, pengurangan daripada 65 peratus.



Menjawab soalan wartawan semasa sidang media dalam talian, Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF), Menteri Pendidikan yang juga merupakan pengerusi bersama MTF, Encik Lawrence Wong berkata, individu perlu menyekat perhimpunan sosial kepada dua setiap hari, sama ada ke isi rumah lain atau ke tempat awam.



Dalam pada itu, had tidak lebih daripada lapan orang bagi setiap perhimpunan masih kekal sama.



Majikan juga harus membenarkan kakitangan bekerja dari rumah seberapa boleh dan perhimpunan sosial di tempat kerja harus dielakkan.



Sektor awam akan mengetuai usaha ini, katanya.



Agensi awam yang bekerja di kawasan Novena berdekatan dengan Hospital Tan Tock Seng seperti Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras) akan menyuruh kakitangan mereka bekerja dari rumah sebaik mungkin untuk mengurangkan risiko virus merebak, kata Kementerian Kesihatan (MOH).



Encik Wong akur bahawa sekatan ini akan menyusahkan terutama dengan beberapa cuti awam dalam bulan Mei.



Namun, beliau menggesa rakyat Singapura agar bekerjasama dan mengurangkan kegiatan sosial.



Ini merupakan satu-satunya cara mengurangkan penularan virus dalam masyarakat, katanya, sambil menambah bahawa rakyat Singapura perlu bersedia secara mental bahawa langkah lebih ketat boleh dikuatkuasakan jika keadaan bertambah buruk.



Di samping itu, Encik Wong turut mengumumkan bahawa semua pemegang pas jangka panjang dan pengunjung jangka pendek yang telah ke Bangladesh, Nepal, Pakistan dan Sri Lanka dalam masa dua minggu lalu, tidak akan dibenarkan memasuki atau singgah melalui Singapura.



Langkah yang akan berkuatkuasa bermula 11:59 malam Sabtu, turut melibatkan mereka yang telah singgah melalui negara-negara itu dan mereka yang telah mendapat kebenaran awal bagi kemasukan ke Singapura.



Bagaimanapun, rakyat Singapura dan penduduk tetap yang ingin kembali ke Singapura dan telah ke negara-negara itu, masih tetap dibenarkan pulang.



Perubahan itu dibuat ekoran kes meningkat mendadak yang dilaporkan di Bangladesh, Nepal, Pakistan dan Sri Lanka.



Dalam pada itu, langkah bagi pengunjung dari Thailand juga akan diperketat, ekoran risiko penularan masyarakat yang kian meningkat di negara itu.



Mulai 2 Mei, 11:59 malam, semua pengunjung memasuki Singapura yang telah ke Thailand sepanjng 14 hari lalu perlu menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) selama 14 hari di kemudahan khusus SHN, kata Encik Wong.



Selain itu, bagi kelompok asrama Westlite, MOH berkata sejumlah 27 pekerja yng telah kembali pulih didapati positif bagi Covid-19.



Semua kes itu telah diasingkan sebaik sahaja dikesan.



Daripada 27 kes, 20 kes telah dikesan atau dikesan awal kerana menunjukkan cebisan virus jangkitan lama dan lima yang lain, kemungkinan kes jangkitan semula Covid-19.



Dua lagi kes telah disahkan negatif bagi Covid-19 selepas diuji semula.




Covid-19: Lagi 9 kes masyarakat termasuk 4 dalam kelompok TTSH 



LAGI sembilan kes dalam masyarakat dilaporkan sehingga 12 tengah hari semalam, termasuk empat kes yang boleh dikaitkan dengan kelompok di Hospital Tan Tock Seng.



Ini bermakna kelompok di hospital tersebut kini dikaitkan dengan 13 kes, kata Kementerian Kesihatan (MOH).



Dalam kenyataannya semalam MOH berkata lagi empat kes baru dalam masyarakat turut boleh dikaitkan dengan kes yang dikenal pasti sebelum ini.



Keseluruhan, terdapat 24 kes baru Covid-19 di Singapura sehingga 12 tengah hari semalam, menjadikan jumlah 61,145 kes di sini.



Ini termasuk 15 kes diimport yang kesemuanya telah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura, kata MOH.



Tiada sebarang kes dilapor dari dormitori pekerja migran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >