Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Orang ramai diingatkan agar tidak kunjung tanah perkuburan sewaktu tempoh ini - NEA

May 23, 2020 | 01:24 PM



AGENSI Sekitaran Kebangsaan (NEA) menegaskan bahawa akses masuk ke kawasan tanah perkuburan Choa Chu Kang hanya dibenarkan untuk pengebumian sahaja.



Dalam satu kenyataannya di Facebook hari ini (23 Mei) mengingatkan orang ramai bahawa “sejajar dengan langkah keselamatan yang telah ditetapkan pasukan bertindak berbilang kementerian, lawatan ke tanah perkuburan itu tidak dibenarkan sepanjang tempoh ini”.



Ini selepas mereka dimaklumkan tentang sebuah pos yang dikongsikan dalam talian mengenai lawatan ke perkuburan Cina dan Melayu di Tanah Perkuburan Choa Chu Kang.



Jalan yang menuju ke blok perkuburan yang tidak aktif telah dihadang kerana ini ditutup untuk lawatan. Bagaimanapun, NEA berkata laluan masuk ke blok perkuburan aktif masih dibuka. 



“Kami faham bahawa ramai merindui kunjungan ke perkuburan orang yang mereka sayangi yang telah meninggal dunia tetapi kita perlu terus bersatu ketika kita # FightCOVID19.



“Kami berharap dapat membuka semula tanah perkuburan ini apabila ia selamat. Selain itu, janganlah kita menyebarkan spekulasi dalam talian,” tambah NEA.



Orang ramai boleh menghubungi Pejabat Tanah Perkuburan di talian 6793 7428 pada waktu pejabat atau mengisi Borang Maklum Balas Dalam Talian (www.nea.gov.sg/corporate-functions/feedback) atau aplikasi mudah alih myENV, jika mereka memerlukan penjelasan mengenai perkhidmatan pengebumian dan pembakaran mayat sewaktu tempoh ini. 



Maklumat lebih lanjut boleh didapati di www.nea.gov.sg/our-services/after-death.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >