Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Orang ramai diundang beri pandangan cara perkukuh kesihatan mental dan kesejahteraan rakyat

May 30, 2022 | 09:20 PM



Mulai Isnin (30 Mei), Pasukan Bertindak Berbilang Agensi mengenai Kesihatan Mental dan Kesejahteraan sedang mendapatkan pandangan orang ramai tentang cara memperkukuh kesihatan mental dan kesejahteraan rakyat Singapura.

Menulis di Facebooknya pada Isnin, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga,  Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata usaha itu diselaraskan  Kementerian Kesihatan (MOH) dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).





Tujuan pasukan bertindak itu adalah menangani jurang yang dikenal pasti merentas tiga bidang tumpuan utama:

– Meningkatkan ketersampaian, penyelarasan dan mutu  perkhidmatan kesihatan mental;

–  Memperkukuh perkhidmatan dan sokongan demi kesejahteraan mental belia; dan

–  Meningkatkan langkah kesejahteraan tempat kerja dan sokongan pekerjaan.





Pasukan bertindak itu mengundang orang ramai untuk berkongsi pandangan melalui https://go.gov.sg/mental-health mulai sekarang hingga 7 Ogos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >