Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Orang ramai luang masa saksi sidang di Dewan Parlimen

Jul 03, 2017 | 02:04 PM



PERBAHASAN di Parlimen hari ini mengenai nasib rumah mantan perdana menteri, mendiang Lee Kuan Yew, yang terletak di 38 Oxley Road, telah menarik perhatian warga Singapura.



Akhbar The Straits Times melaporkan bahawa kira-kira 30 orang telah memasuki Dewan Parlimen seawal 11 pagi.



Galeri awam di Dewan Parlimen boleh memuatkan 150 orang.



Selepas tempat itu penuh diisi, orang ramai yang datang untuk menyaksikan perbahasan tersebut telah diarkan ke auditorium.



Perdana Menteri Lee Hsien Loong memulakan Ucapan Menteri tepat 12.30 tengah hari.



Kira-kira 70 orang mula mengisi tempat duduk di auditorium pada 12.40 tengah hari, menyaksikan perbahasan yang ditayangkan secara langsung.



Kira-kira 1 tengah hari tadi, kerusi mula diletakkan bagi membolehkan orang ramai duduk sementara menanti peluang memasuki galeri awam.



Orang ramai hanya dibenarkan memasuki galeri awam sekiranya ada orang awam keluar dari galeri berkenaan.



Prosiding Parlimen secara amnya dibuka kepada orang ramai.



Sidang Parlimen hari ini adalah sesuatu yang jarang berlaku di mana Parlimen memperuntukkan masa yang panjang untuk membincangkan suatu perkara serius yang memberi kesan ke atas kewibawaan Pemerintah.



Ini menyusuli tengkarah di kalangan anak-anak mendiang Encik Lee berhubung kedudukan rumah mendiang bapa mereka dan dakwaan berlakunya penyalahgunaan kuasa oleh perdana menteri yang dilemparkan oleh dua adiknya, Dr Lee Wei Ling dan Encik Lee Hsien Yang, yang dilakukan PM Lee demi mencegah rumah di Oxley Road itu daripada dirobohkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >