Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Orange Ballroom diarah tutup 20 hari

Didapati langgar peraturan, benarkan satu pasangan adakan tiga majlis untuk 275 orang
Mar 23, 2021 | 05:30 AM



DEWAN bagi majlis perkahwinan yang popular di kalangan pasangan Islam, Orange Ballroom telah diarah tutup selama 20 hari kerana melanggar langkah pengurusan selamat.



Orange Ballroom, yang terletak di tingkat tiga Tanjong Katong Complex di Geylang, telah membenarkan satu pasangan mengadakan tiga majlis jamuan melibatkan sekitar 275 orang.



Ia diarahkan untuk tutup dari semalam hingga 10 April.



Dalam satu kenyataan semalam, Penguasa Tanah Singapura (SLA) berkata duta jarak selamatnya menjalankan pemeriksaan di tempat itu pada 30 Januari dan mendapati bahawa satu pasangan mengadakan dua majlis pada 1.30 petang dan 4.30 petang.



Siasatan lanjut pula mendapati bahawa pengaturan dilakukan untuk mengadakan tiga majlis bagi sekitar 300 orang pada hari tersebut.



Usaha Berita Harian (BH) menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Orange Events and Media, Encik Syah Ibrahim tidak berhasil.



Apabila dihubungi, konsultan bersama Orange, Encik Osman Ariffin, pula berkata beliau sedang sibuk menguruskan hal klien tentang peralihan tempat dan tidak mengulas lanjut tentang hal penutupan itu.



Di bawah undang-undang, satu pasangan hanya dibenar mengadakan satu majlis perkahwinan yang melibatkan tidak lebih daripada 100 orang, termasuk pasangan itu sendiri.



SLA berkata siasatan sedang dijalankan bagi pelanggaran yang mungkin telah dilakukan di bawah Peraturan (Perintah Kawalan)(Langkah-langkah Sementara) Covid-19.



"Agensi-agensi mengambil pandangan serius terhadap sebarang pelanggaran dalam langkah pengurusan selamat oleh penganjur perkahwinan, pengendali tempat dan individu.



"Kami mengingatkan semua syarikat yang terlibat dalam acara perkahwinan serta pasangan yang merancang perkahwinan mereka untuk sedar sepenuhnya dan mematuhi dengan ketat langkah pengurusan selamat yang sedia ada demi memastikan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat," kata SLA.



Penguasa itu berkata lagi bahawa walaupun Singapura membuka semula di bawah fasa ketiga, langkah pengurusan selamat perlu dipatuhi demi memastikan masyarakat selamat.



Agensi-agensi tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan penguatkuasaan tegas terhadap pelanggaran langkah pengurusan selamat oleh pengendali dan individu yang tidak mengikut peraturan.



"Ini termasuk denda, penggantungan operasi walaupun untuk kesalahan pertama, dan pendakwaan bagi pelanggaran teruk," tambahnya.



Mengulas tentang penutupan Orange Ballroom, Presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Encik Farid Khan berkata dalam tahun lalu, DPPMS telah mendekati ahli dalam industri perkahwinan secara tetap dengan memberikan maklumat terkini dan latihan mengenai pelaksanaan langkah pengurusan selamat semasa acara diadakan.



"Dewan ingin mengingatkan semua pemilik perniagaan untuk mematuhi langkah pengurusan selamat relevan dalam industri mereka, kerana ini amat penting dalam pembukaan semula ekonomi secara bertahap-tahap," katanya yang menambah DPPMS bersedia membantu perniagaan dalam hal ini di mana perlu.



Orange Ballroom pernah pada April tahun lalu menjadi salah satu kelompok baru jangkitan Covid-19 di sini.



Empat pesakit dikaitkan dengan kelompok tersebut setelah menghadiri satu majlis perkahwinan yang berlangsung pada 21 Mac.



Majlis itu diadakan dari 11 pagi hingga 4 petang, dan dihadiri sekitar 300 orang.



Setelah ia dihubungi Kementerian Kesihatan (MOH) pada 25 Mac tahun lalu, ia telah menjalani proses pembersihan dan membasmi kuman dan ditutup.



Pada awal Mei tahun lalu, dewan majlis itu disahkan bebas daripada Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >