Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Orange Ballroom dihubungi MOH minta senarai tetamu walimah bagi pengesanan kontak

Mar 27, 2020 | 10:01 AM



ORANGE Travel berkata pihaknya telah dihubungi oleh Kementerian Kesihatan (MOH) pada Rabu (25 Mac), untuk mendapatkan senarai tetamu yang hadir pada satu majlis walimah yang diadakan di Orange Ballroom, hujung minggu lalu.



Ini menyusuli satu mesej yang tular di Whatsapp untuk memberitahu para tetamu yang hadir di majlis tersebut agar bersedia kerana proses pengesanan pengenalan sedang dijalankan.



Mesej itu mendakwa bahawa ada dua tetamu di majlis itu telah diuji positif bagi koronavirus Covid-19. Berita Harian telah mendapatkan pengesahan daripada MOH mengenai hal ini dan masih menunggu jawapan daripada mereka, sehingga laporan ini diterbitkan.



Ketika dihubungi Berita Harian (BH), konsultan bersama Orange Travel, Encik Osman Ariffin berkata pihaknya telah menerima panggilan telefon daripada MOH yang mahu mendapatkan butiran tetamu yang hadir bagi satu majlis walimah pada 21 Mac dari 11 pagi hingga 4 petang.



“Pihak MOH tidak memberi apa-apa penjelasan lanjut.



“Mereka cuma memerlukan dan meminta butiran semua tetamu yang hadir pada hari dan tempoh itu untuk melakukan proses pengesanan,” kata Encik Osman. Semua butiran itu telahpun diberikan semalam, jelas beliau.



Sekitar 300 orang telah menghadiri majlis walimah tersebut. Tambah Encik Osman, menyusuli langkah yang diperkenal pemerintah, pihaknya telah memperkenal langkah pencegahan mengekang penularan Covid-19.



Ini termasuk mengambil suhu badan tetamu selain mendapatkan butiran mereka – seperti nama, nombor telefon dan soalan berkaitan sejarah perjalanan sepanjang 14 hari lalu – sama ada menerusi kod QR atau secara manual.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >