Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Orange Ballroom, pengatur acara akan didakwa kerana langgar peraturan pengurusan selamat

Nov 10, 2021 | 05:30 AM



DEWAN bagi majlis perkahwinan yang popular di kalangan pasangan Islam, Orange Ballroom telah didakwa dengan kesalahan tidak mematuhi sekatan Langkah Pengurusan Selamat bagi Majlis Pernikahan dan Resepsi Perkahwinan di bawah Peraturan (Perintah Kawalan) (Langkah Sementara) Covid-19.



Menurut kenyataan yang dikeluarkan Penguasa Tanah Singapura (SLA) semalam, antara lain, pada 30 Januari tahun ini, dewan itu telah membenarkan 235 tetamu menghadiri majlis perkahwinan, sekali gus gagal memastikan bilangan tetamu maksimum bagi keseluruhan acara, tidak melebihi 100 orang.



Selain itu, SLA juga telah mendakwa Osman Ariffin, pengatur acara bagi majlis perkahwinan yang sama kerana gagal mengambil langkah yang sewajarnya.



Kedua-dua syarikat itu dan Osman akan didakwa 10 pagi ini di Mahkamah Negara.



Berita Harian cuba mendapatkan komen daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Orange Events & Media dan pemilik Orange Ballroom, Encik Syah Ibrahim, tetapi tidak berhasil.



Dalam kenyataan itu juga, SLA berkata pada 30 Januari tahun ini, Orange Ballroom telah membenarkan lebih daripada 50 tetamu untuk menghadiri setiap daripada tiga resepsi perkahwinan yang dianjurkan pada hari tersebut, sekaligus gagal memastikan bahawa bilangan tetamu maksimum bagi setiap resepsi tidak melebihi 50 orang.



Orange Ballroom juga membenarkan 18 orang tetamu untuk menghadiri beberapa majlis resepsi, justeru gagal memastikan tetamu hanya perlu hadir semasa masa resepsi yang ditetapkan.



Osman, yang juga konsultan bersama Orange, juga didakwa kerana gagal mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan sebarang tetamu majlis perkahwinan yang telah diberikan masa kehadiran, tidak menghadiri majlis itu pada masa yang lain.



Dia dikatakan telah membenarkan 18 tetamu untuk menghadiri lebih daripada satu resepsi perkahwinan.



Osman juga gagal mengambil langkah yang sewajarnya untuk memastikan tetamu bagi majlis perkahwinan tidak melebihi saiz kumpulan maksimum yang dibenarkan iaitu seramai 100 tetamu.



Dia dikatakan telah membenarkan 235 tetamu menghadiri perkahwinan di premis tersebut.



"Pemerintah memandang serius pelanggaran sedemikian.



"Mereka yang gagal mematuhi Langkah Pengurusan Selamat akan dikenakan dakwaan di bawah Peraturan (Perintah Kawalan) (Langkah Sementara) Covid-19, 2020," kata SLA.



Jika sabit kesalahan, hukuman denda sehingga $10,000 dan/atau penjara sehingga enam bulan bagi pesalah kali pertama dan denda sehingga $20,000 dan/atau penjara sehingga 12 bulan bagi pesalah seterusnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >