Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Orange Ballroom, pengatur acara didenda kerana langgar peraturan Covid-19

Dec 20, 2021 | 10:39 PM



SYARIKAT khidmat perkahwinan milik Syah Ibrahim, Orange Ballroom dan seorang pengatur acara telah didenda kerana kesalahan mengadakan majlis perkahwinan dengan 235 tamu sedangkan hanya 100 dibenarkan.


Orange Ballroom didenda $8,000 sementara Osman Arrifin didenda $6,000.


Kes ini adalah pendakwaan pertama seumpamanya bagi kesalahan melanggar peraturan jarak selamat dalam penganjuran majlis persandingan dan pernikahan, lapor The Straits Times.


Osman, seorang perunding pembangunan perniagaan dan pengurus di Orange Ballroom, mengaku bersalah atas dua pertuduhan di bawah Peraturan Covid-19 (Langkah Sementara) (Perintah Kawalan) 2020.


Dia juga mewakili Orange Ballroom dan mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah akta yang sama.


Osman telah bekerja di Orange Ballroom sejak 2017 dan menyelia operasi hariannya.


Mahkamah dimaklumkan bahawa perkahwinan yang diadakan pada 30 Januari tahun ini dibahagikan kepada tiga majlis resepsi di Orange Ballroom yang terletak di tingkat tiga, Tanjong Katong Complex, di Geylang Serai.


Osman telah membenarkan 235 tetamu menghadiri majlis perkahwinan itu, lebih daripada dua kali ganda saiz kumpulan maksimum yang dibenarkan, iaitu 100 tetamu pada masa itu.


Dia juga membenarkan 18 tetamu untuk menghadiri lebih daripada satu majlis perkahwinan pada hari itu.


Dia bertanggungjawab memastikan tetamu perkahwinan menghadiri majlis itu hanya pada slot masa yang diperuntukkan.


Syarikat itu didapati bersalah kerana membenarkan 235 tetamu menghadiri tiga majlis – dengan 62, 73 dan 60 tetamu pada setiap resepsi – sedangkan hadnya adalah 50 orang bagi setiap resepsi.


Timbalan Pendakwa Raya, Cik Jane Lim, berkata terdapat banyak aduan dibuat terhadap Orange Ballroom walaupun sebelum majlis perkahwinan pada 30 Januari itu.


Aduan itu termasuk tempat itu membenarkan 300 orang untuk menghadiri acara, tetamu tidak menjaga jarak selamat dan tidak melakukan SafeEntry sebelum memasuki ruang majlis.


“Walaupun telah diberi beberapa amaran oleh duta jarak selamat sebelum ini, Orange Ballroom tetap melakukan kesalahan itu,” kata DPP Lim.


Walaupun syarikat itu mendapatkan kakitangan untuk menguatkuasakan langkah pengurusan selamat semasa majlis perkahwinan, DPP Lim berkata Osman tidak memberi arahan kepada staf itu.


Dalam mitigasinya, Osman berkata syarikat itu terjejas teruk akibat sekatan Covid-19.


Dia menambah bahawa dia tidak hadir pada majlis perkahwinan pada 30 Januari itu dan boleh menyalahkan kakitangan bertugas tetapi tidak berbuat demikian kerana dia “seorang lelaki yang berintegriti”.


Memberikan respns, Hakim Daerah Toh Han Li berkata isu utama adalah risiko mendedahkan sejumlah besar orang kepada virus itu.


Mereka yang gagal mematuhi langkah pengurusan selamat boleh dipenjara sehingga enam bulan dan penjara sehingga $10,000 untuk kesalahan pertama. Hukuman boleh digandakan untuk kesalahan seterusnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >