Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Orange Valley pertingkat langkah pencegahan selepas  4 penghuni dijangkiti Covid-19

May 21, 2020 | 11:30 PM



 





Orange Valley sedang mengambil langkah pencegahan dipertingkat selepas  empat penghuni rumah tumpangan orang tua di Simei yang dikendalinya  diuji positif bagi Covid-19. 



Ia telah mengenal pasti semua kontak rapat penghuni itu dengan kesemuanya  telah diuji negatif, sementara jejak kontak bagi kededua penghuni dan kakitangan di cawangan itu sedang dilaksanakan, kata OV, dalam kenyataan pada Khamis (21 Mei)



“Semua penghuni yang tinggal selantai (dengan pesakit Covid-19) perlu kekal berada di bilik masing-masing sebagai langkah pencegahan. Kami telah melakukan pembersihan dan pembasmian kuman rapi di kawasan yang terjejas, dan akan mempergiat usaha pembersihan dalam tempoh ini,” kata OV menerusi kenyataannya.



Dalam kenyataan berasingan, AIC berkata OV telah mematuhi langkah pencegahan dipertingkat selari dengan nasihat MOH. 



“Menyusuli kes baru yang dikenal pasti ini, OV telah membersihkan dan membasmi kuman dengan rapi di wad dan kawasan lain yang terjejas di rumah tumpangan itu, dan akan mempertingkat penggunaan peralatan perlindungan peribadi (PPE) dalam kalangan staf,” kata AIC.



Menurut AIC, ia dan MOH sedang bekerjasama rapat dengan OV untuk memberi sokongan dan memantau keadaan, termasuk dalam usaha jejak kontak. 



“Kami juga akan memberi sokongan kepada OV, jika ia diperlukan,  untuk memastikan jagaan penghuni dapat diteruskan semasa tempoh ini,” kata AIC.



OV telah mempertingkat langkah pencegahan di rumah tumpangan, antara lain,  dengan  mengasingkan  rumah tumpangan mengikut zon,  dan melarang kakitangan daripada keluar dari zon yang ditetapkan, membersihkan rumah tumpangan secara terperinci, dan melarang kunjungan sejak 2 April. 



Kakitangan OV juga kini menginap di hotel, untuk mengurangkan risiko dijangkiti dalam masyarakat.



“Kami akan terus mematuhi sepenuhnya nasihat yang dikeluarkan MOH dan AIC (Agensi Penjagaan Bersepadu) untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan penghuni dan kakitangan kami,” kata OV. 



Menurut OV, ia telah mengadakan ujian swab Covid-19 bagi semua penghuni dan kakitangan sejak 30 April dan semua staf diuji negatif.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >