Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Orchard Rd bakal kembali bermandi cahaya sempena Krismas

Oct 20, 2021 | 05:30 AM



PEMASANGAN lampu perayaan tahunan Orchard Road menjelang sambutan Krismas kembali dengan edisi yang lebih baik dengan kadar vaksinasi semakin meningkat dalam negara.



Walaupun tiada kegiatan atau persembahan di jalan raya seperti tahun lalu, acara tahun ini akan menampilkan tayangan video yang besar di muka bangunan Mandarin Orchard Singapura.



Lagu-lagu Krismas popular juga dibenarkan dinyanyikan setelah tiga tahun dilarang, kata Persatuan Perniagaan Orchard Road (Orba) semalam.



Dengan tema 'Christmas in Bloom' atau 'Krismas Kembali Mekar', Orchard Road bergemerlapan dengan lampu bersama hiasan bunga untuk memberi "kesan memukau".



Tema tahun ini melambangkan perjalanan harapan dan daya ketahanan kerana perniagaan paling popular di Singapura sepanjang jalan itu ingin kembali ke keadaan normal.



Ketua Orba, Encik Mark Shaw berkata tahun ini merupakan tahun yang sukar bagi perniagaan runcit dan pelancongan akibat gangguan ketara oleh wabak Covid-19.



"Kami berharap aspek pemasangan lampu ini akan bantu memberi perhatian kepada Orchard Road dan bantu menarik lebih orang datang... Saya rasa dengan lebih pengunjung, mereka tetap perlu masuk ke pusat beli-belah untuk berbelanja," tambahnya.



Keadaan sekarang lain dengan kadar vaksinasi di Singapura lebih tinggi, kata Encik Shaw.



"Orang ramai sudah dapat menangani Covid-19 dengan lebih baik dan ia kurang berbahaya. Oleh itu, kami rasa ini adalah waktu yang tepat untuk mengubah kehidupan untuk hidup bersama Covid-19 dengan cara yang lebih normal," kata beliau.



Orba enggan mendedahkan kos pemasangan sepanjang jalan sejauh 3.1 kilometer itu. Penyalaan lampu akan bermula pada 13 November, tujuh minggu sebelum tahun baru.



Sinaran lampu itu akan dihidupkan dari 6.30 petang hingga 12 malam dari Ahad hingga Khamis, dan hingga ke 2 pagi pada Jumaat dan Sabtu.



Pada malam Krismas dan Tahun Baru pula, lampunya akan bergemerlapan hingga 6 pagi keesokan hari.



Pemasangan gerbang utama setinggi 12 meter di persimpangan Scotts-Patterson akan disinari dengan lampu berwarna-warni dan bunga poinsettia, bunga tradisional Krismas yang melambangkan kesucian dan kemurnian.



Encik Shaw berkata bahawa edisi Krismas tahun ini tidak mungkin melihat jumlah pengunjung yang serupa pada 2018, iaitu empat juta orang. Ini kerana peraturan kesihatan Covid-19 dan ramai juga yang berhati-hati.



"Tetapi kami ingin memelihara perniagaan di Orchard Road dan menggalak lebih orang untuk mengunjung kawasan ini dan berbelanja di perniagaan di sini. Kami juga ingin pelancong teringat akan lampu Krismas hebat di Singapura," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >