Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Orchard Road bergemerlapan cahaya menjelang sambutan Krismas

Nov 13, 2020 | 10:49 PM



ORCHARD Road bersinar malam ini dengan penyalaan lampu Krismas tepat pada 7.30 malam tadi (13 Nov) oleh Presiden Halimah Yacob.



Lampu Krismas di Orchard Road tahun ini melibatkan hampir 50 kilometer lampu LED dari Tanglin Mall ke Plaza Singapura.




Meskipun bilangan pengunjung kurang tahun ini berbanding tahun-tahun sudah dek pandemik Covid-19, perayaan tersebut masih diteruskan secara maya dengan penonton di rumah dapat seolah-olah "memandu" sepanjang 2.9 kilometer di Orchard Road dalam lawatan maya yang menampilkan pemandangan 360 darjah.




Acara penyalaan lampu tersebut yang diadakan di ruang terbuka di pintu masuk Ion Orchard, adalah demi menyokong Dana Masyarakat (ComChest), dengan lebih $1.6 juta disumbangkan oleh penderma korporat dan individu.




Wang tersebut akan membantu lebih 80 agensi perkhidmatan awam dan 200 program khidmat sosial yang disokong ComChest.




Lampu Krismas di kawasan Orchard itu akan dinyalakan setiap malam dari sekarang hingga 1 Januari 2021.




Ia akan dinyalakan pada 6.30 petang hingga 12 tengah malam (Ahad hingga Khamis); 6.30 petang hingga 2 pagi (Jumaat dan Sabtu); dan 6.30 petang hingga 6 pagi (24 dan 31 Disember 2020).




Penyalaan lampu Krismas itu telah dianjurkan Persatuan Perniagaan Orchard Road (Orba).




Sementara itu, buat kali pertama, 13 pusat beli belah CapitaLand di serata Singapura juga akan mempunyai penyalaan lampu Krismas masing-masing. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >