Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

Orkestra Melayu S'pura lancar 4 lagu baru, konsert sempena ulang tahun ke-30

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

BERITA

Orkestra Melayu S'pura lancar 4 lagu baru, konsert sempena ulang tahun ke-30

Apr 30, 2021 | 05:30 AM

BUAT julung-julung kali dalam sejarahnya, Orkestra Melayu Singapura (OMS) akan menerbitkan rakaman, selain mengadakan konsert untuk menyambut ulang tahun ke-30.

Semalam, ia melancarkan lagu Ramadan yang Mulia, Syawal yang Indah iaitu rakaman Extended Play (EP) pertama daripada empat EP yang dirancang, serta memberi butiran lanjut mengenai konsert hibrid yang diadakan secara fizikal dan di alam maya pada akhir tahun ini.

Lagu-lagu lain yang akan dilancarkan termasuk, Pulang yang bertemakan Hari Kebangsaan, Kekasih, sebuah lagu pop yang akan dilancarkan semasa konsert akhir tahun mereka serta Mari ke Wisma Geylang Serai yang akan dilancarkan semasa sambutan ulang tahun ke-3 WGS pada Januari 2022.

Ini merupakan kali pertama OMS menghasilkan EP sejak ditubuhkan oleh Persatuan Rakyat (PA) pada September 1991.

Bercakap kepada media semasa pelancaran itu, Pengarah Muzik OMS, Encik Amri Amin berkongsi bahawa di tengah-tengah pandemik Covid-19 di mana terdapat banyak ketidakpastian, beliau berharap lagu itu dapat membawa sinar cahaya di hujung terowong bagi ramai yang mendengarkannya.

"Kami memilih untuk mengeluarkan lagu raya kerana kami tahu, akibat Covid-19, semua telah berubah dan ramai yang keliru mengenai bagaimana untuk menyambut perayaan yang akan datang.

"Jadi lagu ini bermula dengan suasana Ramadan di mana ia mempunyai unsur inspirasi dan kerohanian.

"Kemudian, lagu itu mula rancak dan lebih ceria, menunjukkan waktu perayaan," jelas Encik Amri.

Sementara itu, penyanyi Hady Mirza, juara Singapore Idol dan Gegar Vaganza di Malaysia, yang turut menyumbang suara bagi sebahagian projek EP OMS itu berkata beliau berasa teruja diberi peluang menyanyikan lagu tersebut.

"Lagu ini agak berlainan daripada lagu-lagu lain yang saya biasa nyanyikan.

"Lagu ini adalah sesuatu yang istimewa untuk orang ramai menghayati perayaan ini," katanya.

Sejak beralih ke Wisma Geyang Serai (WGS) pada 2019, mereka merupakan antara satu daripada tiga kumpulan seni yang berada di sana.

Ia juga diuruskan oleh WGS.

Turut menghadiri acara pelancaran semalam adalah pengurus besar WGS, Encik Nur Effendi Esa.

Menurutnya, meskipun kumpulan itu ditubuhkan khususnya untuk memelihara dan mempromosikan muzik Melayu di Singapura, mereka telah berkembang untuk menawarkan lebih banyak beberapa tahun yang lalu.

"OMS adalah orkestra yang dapat memainkan semua jenis muzik - tradisional dan kontemporari, setempat dan antarabangsa.

"Saya yakin mereka akan terus menghiburkan dan mewarnai hidup kita dengan cara yang paling indah," ujarnya.

Selain daripada mengeluarkan empat EP, OMS juga akan menganjurkan konsert akhir tahun yang bertajuk, Langkah Gergasi, untuk meraikan 30 tahun keunggulan muziknya dan juga mengenali muzik dan kisah kejayaan anggota mereka dalam orkestra.

Konsert itu adalah anjuran WGS dengan sokongan Majlis Seni Kebangsaan (NAC) sebagai rakan Nodes.

Encik Rudy Djoharnaen diumumkan akan menjadi pengarah kreatif konsert itu dan bekerjasama bersama Encik Amri untuk menghasilkan repertoir konsert serta menyediakan konsep dan naratif yang kreatif.

Maklumat lanjut mengenai konsert itu akan didedahkan pada masa akan datang.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3