Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga emas 72 tahun, dipercayai pengumpul sorok barang, ditemui mati di rumah

Nov 18, 2021 | 11:06 PM



SAUDARA-MARA seorang lelaki yang ditemui mati di flatnya tampil di unit berkenaan pada Khamis (18 November) untuk membersihkan beberapa barangan termasuk kotak, beg plastik yang disumbatkan dengan suratkhabar dan perabot.



Tubuh lelaki 72 tahun itu yang dipercayai pengumpul dan penyorok barangan atau 'hoarder' ditemui polis di flatnya di Blok 105, Towner Road di Whampoa pada Rabu (17 November). 



Beliau menetap seorang diri dan dipercayai sudah meninggal dunia selama beberapa hari.



Polis berkata mereka diberitahu tentang kes kematian yang tidak normal itu pada 9.44 pagi pada Rabu dan mendapati lelaki itu tidak bernyawa lagi di flat tersebut. Seorang paramedik dari Pasukan Pertahanan Awam Singapura mengesahkan kematiannya di lokasi berkenaan.



Siasatan sedang diteruskan tetapi pihak polis tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat.



Apabila akhbar The Straits Times mengunjungi flat itu pada Khamis, beberapa barangan didapati bersepahan di koridor dan di merata unit itu dengan bau busuk turut dikesan.



Saudara-mara mereka enggan mengulas dengan salah seorang daripada mereka berkata, mereka sedang cuba menghubungi anak lelaki itu.



Jiran lelaki tersebut, Cik Lena Nguyen, berkata: "Saya tidak pernah melihat saudara-maranya datang mengunjunginya tetapi dia biasanya akan keluar rumah setiap hari pada waktu pagi dan pulang pada waktu petang."



Suri rumah berusia 45 tahun itu yang menetap di unit menghadap rumah lelaki itu sejak dua tahun lalu biasanya akan melihat lelaki itu pulang dengan membawa beg sarat barangan.



"Saya terkejut kerana saya baru terlihatnya minggu lalu dan saya dapat tahu semalam bahawa dia tiba-tiba meninggal. Dia tidak nampak sakit dan masih berbual dengan saya seperti biasa. Kebiasaannya dia duduk seorang diri di kolong blok," tambah Cik Nguyen.



Jiran bersebelahan lelaki itu, Cik Nalayini, pekerja kilang berusia 69 tahun, memberitahu akhbar Cina, Shin Min Daily News, bahawa rakan serumahnya mengesan bau busuk yang kuat hujung minggu lalu.



"Apabila saya pulang rumah (selepas syif malam saya pada pagi Rabu), saya mengesan bau busuk yang kuat dan tak boleh tahan. Saya menghubungi pihak majlis bandaran dan polis datang untuk menyiasat," katanya.



Beliau menambah bahawa lelaki itu adalah yang suka mengasingkan dirinya dan jarang-jarang dikunjungi saudara-mara atau teman.



Cik Nguyen yang tidak mengesan sebarang bau busuk berhampiran kawasannya, berkata bulan lalu, pegawai Lembaga Perumahan dan Pembangunan membantu lelaki itu membersihkan barangan yang menghadang pintu depan rumahnya.



"Dia akan bawa pulang dua tiga beg berisi barang. Dia akan letakkannya di koridor dan saya juga bimbang ia akan membawa bahaya kebakaran. Saya memberitahunya, jika barang itu kebakaran, macam mana nak larikan diri?



"Dia kata, dia akan membersihkannya tetapi hanya membawa beberapa barangan sahaja masuk ke rumahnya akhirnya," tambah Cik Nguyen.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >