Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

ANTARA YANG DICALON

Oscar tahun ini tampilkan 'kepelbagaian'

Apr 21, 2021 | 05:30 AM

LOS ANGELES: Dalam menerapkan norma baru dalam sejarah penganjurannya, acara anugerah perfileman berprestij, Anugerah Akademi 2021 atau Oscar, dikhabarkan tidak akan dikendalikan hos atau pengacara.

Bakal disiarkan secara langsung dari Dolby Theater di Hollywood, Los Angeles, Amerika Syarikat pada 25 April ini, edisi ke-93 majlis anugerah ini akan menyaksikan penyampai berprofil tinggi bergilir-gilir mengumumkan pemenang sepanjang malam mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat.

Keputusan untuk mengendalikan acara anugerah itu tanpa hos diumumkan selepas penganjur sepakat cadangan mengendalikan acara berkenaan melalui pautan video, bukanlah suatu pilihan, lapor agensi berita.

Pengkritik filem berpendapat senarai pencalonan Oscar kali ini menyaksikan kepelbagaian genre filem, selain pesaing wanita dan individu pelbagai warna kulit bagi merebut trofi emas berkenaan.

Antaranya Chloe Zhao dan Emerald Fennell yang dicalonkan dalam kategori Pengarah Terbaik menerusi filem Nomadland and Promising Young Woman.

Ini kali pertama dua wanita dicalonkan dalam kategori itu serentak. Zhao adalah pengarah bukan kulit putih pertama tercalon sebagai Pengarah Terbaik dalam sejarah Oscar.

Tahun ini juga, filem berlatarbelakangkan era 1930-an iaitu Mank terbitan Netflix mendominasi pencalonan dengan membolot 10 kategori.

Antara kategori itu adalah Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

Filem Judas dan Black Messiah masing-masing beroleh enam pencalonan.

Pelakon prolifik, Viola Davis, pula dicalonkan dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Ma Rainey's Black Bottom.

Davis menjadi satu-satunya wanita berkulit hitam yang paling banyak dicalonkan, iaitu dalam empat kategori.

Penganjuran tahun ini juga mencatat sejarah kerana kali pertama dua pelakon Asia dicalonkan menerusi kategori Pelakon Lelaki Terbaik.

Aktor berasal dari Pakistan, Riz Ahmed, menjadi individu Muslim pertama tercalon menerusi lakonannya dalam Sound Of Metal.

Pelakon berdarah Korea-Amerika, Steven Yeun, pula bersaing menerusi lakonannya dalam filem Minari.

Filem yang disiarkan di platform penstriman juga mendominasi pencalonan anugerah tahun ini dengan filem terbitan Netflix menerima 35 pencalonan.

Selain Mank, filem yang dicalonkan adalah The Trial of the Chicago 7, Da 5 Bloods dan Ma Rainey's Black Bottom..

Pengumuman senarai calon berkenaan disiarkan secara langsung dari London, United Kingdom, menerusi laman rasmi Anugerah Akademi dan platform digital.

Pengumuman calon dilakukan pasangan selebriti Nick Jonas dan Priyanka Chopra.

Dengan penutupan pawagam, penangguhan filem-filem blockbuster dan pemberhentian penerbitan, Akademi yang memberi anugerah sudah pun terpaksa membuat perubahan yang signifikan kepada peraturan.

Pada tahun lepas, Akademi - yang dilihat sebagai badan tertinggi dalam industri perfileman Hollywood - melonggarkan peraturan kelayakan untuk membenarkan filem-filem yang tidak ditayangkan pada skrin besar atau pawagam pada tahun ini untuk bertanding bagi anugerah Oscar.

Ketika itu, badan berkenaan turut memberi amaran bahawa "penyesuaian tambahan kepada peraturan Akademi, syarat kelayakan dan penjadualan mungkin diperlukan".

Buat masa sekarang, filem-filem mesti dikeluarkan sebelum 31 Disember untuk layak dipertimbangkan bagi anugerah Oscar pada tahun berikutnya, yang biasanya berlangsung pada Februari atau Mac.

Anugerah Oscar merupakan finale besar-besaran bagi musim anugerah filem yang bermula dengan Anugerah Golden Globes pada awal Januari.

Lapor portal Rolling Stone lagi, majlis anugerah itu juga dijangka akan dianjur tanpa kehadiran penonton di mana hanya penyampai serta artis undangan sahaja dibenarkan hadir.

Malah, pemenang juga akan diberikan trofi anugerah secara terkawal. - Agensi berita.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3