SERAMAI 150 warga emas dari pertubuhan masyarakat Lions Befrienders dan St Andrew's Senior Care (Tampines) meraikan musim perayaan hujung tahun di Our Tampines Hub (OTH) semalam.
Acara itu sebahagian usaha OTH mahu mendekati masyarakat kurang bernasib baik di Tampines.
Peserta Lions Befrienders pun dirakam menggayakan pakaian Jepun 'kimono' (gambar) sempena mengadakan persembahan buat orang ramai.
Tahun lalu, OTH menganjurkan usaha serupa dengan mendekati kanak-kanak kurang bernasib baik dan belia berisiko yang memerlukan sokongan masyarakat.
Kali ini, OTH bekerjasama dengan perusahaan sosial Halal Goods Do Good (HGDG) untuk menganjurkan pesta makanan. Pesta tersebut berlangsung hingga hari ini.
Hasil penjualan makanan akan dikongsi Lions Befrienders dan St. Andrew's Senior Care (Tampines).
Dua badan amal itu menawarkan penjagaan serta program bagi warga emas yang mengalami demensia.
OTH berkata mereka menganjurkan pelbagai permainan dan kegiatan di bawah tema kesejahteraan dan penuaan aktif.
Mereka juga dijamu makan tengah hari oleh Anggota Parlimen (AP) GRC Tampines Baey Yam Keng, bergambar di pondok foto dan menikmati persembahan lagu lama.