Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'OurPasar' lancar aplikasi, perluas cara pelanggan beli-belah di pasar maya

Dec 28, 2021 | 05:30 AM



DENGAN permintaan mendapatkan barang dapur menerusi dalam talian semakin meningkat semasa pandemik, penyedia platform pasar raya online, OurPasar telah memperluaskan perniagaannya baru-baru ini dengan menyediakan wadah membuat tempahan menerusi sebuah aplikasi (app) selain mengadakan laman web.



Keputusan menyediakan app tersebut juga didorong persaingan dalam pasaran dagangan elektronik tempatan yang dijangka semakin sengit dalam masa mendatang.



Menurut pengarah pembangunan perniagaan dan pemasaran syarikat Ourpasar Essentials, Encik Qamarul Solihien Daud, hakikat itu, selain mendorong pihaknya pertingkat keupayaan supaya mengekalkan kedudukan dalam pasaran juga menggesa mereka memperluas keupayaan teknologi syarikat mereka.



Encik Qamarul menambah kadar penghantaraan OurPasar turut meningkat daripada 20-30 tempahan setiap hari tahun lalu kepada 40-50 tempahan sehari sekarang.



Beliau menjangkakan kadar itu boleh meningkat sehingga 400 hingga 500 sehari apabila kerja-kerja naik taraf di kemudahan penghantaran mereka di FoodXchange di Admiralty selesai dalam masa mendatang.



"Secara dasarnya bilangan pelanggan yang menggunakan aplikasi kami semakin meningkat dan kami menjangkakan ia akan bertambah lagi pada Mac tahun depan," katanya kepada Berita Harian baru-baru ini.



"Berdasarkan apa yang kami tinjau, ia lebih muai untuk membeli barang dapur secara dalam talian daripada berkunjung ke pasar raya.



Encik Qamarul berkata pemain dalam pasaran perdagangan elektronik di sini akan bersaing untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan, termasuk menyediakan khidmat penghantaran ekspres.



"Salah satu contoh yang sedang berlaku di luar negara adalah syarikat penghantaran sedang bersaing menawarkan perkhidmatan penghantaran segera dalam 10 hingga 15 minit selepas menenerima tempahan," katanya.



Kini, beliau menambah, pengendali gerai di pasar basah tempatan juga sudah mula menyediakan platform dalam talian mereka masing-masing semasa pandemik ini.



"Ini memang sesuatu yang luar biasa, tetapi kami tidak terkejut sekiranya ia (khidmat penghantaran segera itu) disediakan di Singapura tidak lama nanti," katanya lagi.



Laman Ourpasar.com dilancarkan semasa Ramadan tahun lalu di tengah-tengah tempoh langkah pemutus rantaian jangkitan.



Pada peringkat permulaan, matlamat perniagaannya adalah untuk menghubungkan petani, penghasil makanan dan pengimport bahan makanan tempatan yang terjejas teruk oleh pandemik Covid-19 dan tidak mempunyai keupayaan digital untuk menyalurkan produk mereka kepada pelanggan umum dan peniaga dari rumah (HBB) bagi memenuhi permintaan barang dapur menjelang Syawal itu.



Ia bermula dengan rangkaian sekitar lima pembekal sayur dan daging-daging sahaja, namun kini ia telah berkembang kepada sekitar 25 pembekal termasuk pembekal pes beku, bahan kering dan makanan laut.



"Inilah masalah yang ingin kami cari huraian, iaitu membolehkan para pembekal yang terjejas teruk oleh pandemik ini untuk menyalurkan produk mereka ke pasaran halal di Singapura. From local for local," jelas Encik Qamarul yang juga pengarah pembangunan perniagaan Whatshalal Singapore Pte Ltd.



Selain menawarkan bekalan bahan dapur, syarikatnya juga sedang berusaha untuk menyediakan bekalan pes dan daging yang sudah siap untuk dimasak dan juga telah menembusi industri peniaga kepada peniaga (B2B).



Buat masa kini ia sudah mula membekalkan bahan kepada lebih kurang 10 restoran dan kafe tempatan dan bilangan itu akan meningkat lagi, tambahnya.



"Dengan itu kami telah membina sebuah app untuk merombak sistem di sebalik operasi kami supaya kami dapat memperluas pilihan produk dan menawarkan perkhidmatan dan produk yang lebih baik kepada pelanggan.



"Ini juga akan membolehkan kami mendigitalkan beberapa proses dan membolehkan kami mengurangkan kebergantungan kepada tenaga manusia.



"Namun, pada masa depan, OurPasar akan diperlukan memenuhi pasaran global dengan menawarkan produk tempatan dan pada masa yang sama, memenuhi keperluan pelanggan di sini yang ingin merasakan produk global tetapi membelinya dari sini.



"Kami juga sedang memikirkan, bagaimana untuk memenuhi keperluan mereka yang kurang mahir, seperti warga emas yang bakal menerima banyak manfaat daripada platform dalam talian ini kerana mereka tidak perlu lagi mengangkat barang berat dari pasar ke rumah mereka," kata Encik Qamarul lagi.




"Pada masa depan, OurPasar akan diperlukan memenuhi pasaran global dengan menawarkan produk tempatan dan pada masa yang sama, memenuhi keperluan pelanggan di sini yang ingin merasakan produk global tetapi membelinya dari sini.



Kami juga sedang memikirkan, bagaimana untuk memenuhi keperluan mereka yang kurang mahir, seperti warga emas yang bakal menerima banyak manfaat daripada platform dalam talian ini.''
- Encik Qamarul




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >