Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAPORAN JURUAUDIT NEGARA BAGI 2020/2021

PA buat laporan polis berhubung perkara di luar aturan biasa di OTH

Jul 23, 2021 | 05:30 AM



PERSATUAN Rakyat (PA) telah membuat laporan polis berhubung perbuatan di luar aturan biasa serta perbuatan pemalsuan dokumen yang disyaki berlaku di Our Tampines Hub (OTH), sebagaimana i yang dilaporkan Pejabat Juruaudit Negara (AGO) semalam.



Dalam kenyataannya pada hari yang sama, PA berkata ia juga telah bertindak untuk menyemak pengurusan kontrak di OTH dan Hearbeat@Bedok (HBB) menyusuli laporan AGO itu.



Ia berkata ada beberapa kesilapan dan salah atur berhubung kededua kemudahan awam yang dikendalikannya itu dan ia sedang menangani kesilapan yang dikenal pasti dan mula membetulkan sebarang bayaran yang kurang atau terlebih.



PA telah menggunakan kontraktor untuk melakukan kerja binaan kecil di OTH dan seorang ejen pengurusan untuk mengurus kemudahan dan menyelia kontraktor itu.



AGO telah memeriksa sampel bayaran berjumlah $1.27 juta yang dilaksana antara April 2018 dengan Mac 2020 dan mendapati ada yang tidak kena yang mungkin berlaku dalam dokumen sokongan bagi 34 daripada 36 bayaran itu.



Ini termasuk sebut harga yang disyaki dipalsukan, dokumen sokongan bagi pembayaran yang dicetak dan diubah serta perbuatan mengubah tarikh dokumen untuk menunjukkan secara palsu prosedur yang sewajarnya telah diikuti.



"Oleh kerana kesilapan itu berkaitan dengan tuduhan serius melibatkan pemalsuan dokumen, termasuk yang berkaitan dengan tuntutan pihak luar, PA telah membuat laporan polis dan siasatan sedang dijalankan," kata PA lagi sambil menambah ia telah menggantung kerja kakitangan yang terlibat sementara menunggu hasil siasatan.



PA juga berkata ia akan menubuhkan satu pasukan bertindak yang diterajui pegawai kanan untuk memperkukuh proses pemerolehan, pengurusan prasarana dan kontrak, meningkat keupayaan kakitangan dan memperbaiki pengawasan ke atas kontraktor dan ejen pengurusan.



Ia juga akan melantik seorang konsultan luar untuk menjalankan semakan terperinci ke atas sistem pentadbiran dan pengawasan berhubung pengurusan kontrak bagi semua projek pembangunannya, kata PA.



Konsultan luar itu akan diberi "mandat luas" untuk menyemak hal sebegitu dan memberikan saranan untuk memperkukuh cara PA mengawasi pengurusan kontrak.



Isu lain yang ditimbulkan AGO termasuk kesilapan dalam cara harga disesuaikan dalam kontrak binaan utama di OTH dan kelemahan dalam pengurusan dan pengawasan kontrak utama bagi kededua OTH dan HBB.



Ini bermakna PA mungkin telah membuat bayaran berlebihan sekitar $2 juta untuk membeli bahan binaan bagi OTH.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >