Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:57
Isyak
8:12
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Search Distance From Your Location = 1 KM
100 M 1 KM
No restaurant found within  from your distance.
Setempat0

PA dan RC bukan penganjur jamuan di Safra Jurong yang dikaitkan dengan jangkitan Covid-19

Mar 18, 2020 | 10:20 AM

PEMERINTAH telah menyangkal kenyataan palsu bahawa Persatuan Rakyat (PA) dan Jawatankuasa Penduduk (RC) terlibat dalam menganjurkan jamuan malam di Safra Jurong yang dikaitkan dengan jangkitan Covid-19.

Menurut satu kenyataan Pejabat Pofma pada Rabu (18 Mac), pos itu diterbitkan dan dikongsi pengguna Facebook ‘Henryace Ace’, Encik Sebastian Ying, dan Encik Lim Tean.

Menteri Bertanggungjawab bagi PA, Encik Chan Chun Sing, telah mengarahkan Pejabat Pofma untuk mengeluarkan Arahan Pembetulan kepada tiga pengguna itu.

Laman Factually menjelaskan jamuan pada 15 Februari itu ialah majlis privet yang dianjurkan seorang jurulatih nyanyi bagi anggota kumpulan nyanyiannya.

PA dan RC tidak berada dalam kedudukan untuk membatalkannya, dan tidak membiayai atau menguar-uarkan acara itu, menurut laman itu lagi.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian