Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PA rintis kegiatan selamat di CC dan hab masyarakat bagi warga emas 60 tahun ke atas

Oct 30, 2021 | 05:30 AM



MULAI Isnin ini, Persatuan Rakyat (PA) akan merintis beberapa kegiatan dan kelas di 21 kelab masyarakat (CC) dan hab masyarakat bersepadu bagi manfaat warga emas berusia 60 tahun ke atas yang sudah divaksinasi sepenuhnya.



Ini membolehkan mereka mengikuti kegiatan dalam persekitaran yang selamat, kata PA dalam satu kenyataan semalam.



Pemerintah telah bekerjasama rapat dengan rakan kerjanya untuk menyokong warga emas dan mengurangkan risiko jangkitan Covid-19, sedang golongan ini mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami sakit teruk jika dijangkiti virus itu, kata PA.



Pertubuhan akar umbi itu juga berkata, ia telah mengalihkan banyak kursus kemahiran dan gaya hidup yang popular ke sesi dalam talian, supaya warga emas kekal aktif di rumah.



"Langkah pengurusan selamat (SMM) dilaksanakan terutama sekali untuk melindungi lapisan masyarakat yang lebih mudah terjejas termasuk warga emas.



"Namun kita memahami bahawa pendekatan ini meninggalkan kesan kepada rutin harian warga emas. Ada yang mendapatinya sukar untuk terkurung di rumah, manakala ada yang sudah lama tidak menemui keluarga tersayang," menurut kenyataan itu.



Timbalan Pengerusi PA, Encik Edwin Tong pula berkata:



"Warga emas kami sedang melalui masa yang sukar. Walaupun ramai antara mereka yang turut serta dalam kelas maya PA, ia tidak sama (dengan adanya peluang) untuk keluar dan melakukan kegiatan kegemaran mereka atau melihat rakan dan jiran dalam suasana sosial.



"Kami telah mempertimbangkan keperluan emosi warga emas kita serta kadar vaksinasi dan kadar suntikan penggalak yang tinggi dalam kalangan warga emas kita."



Untuk menyokong mereka kekal cergas, aktif dan terlibat secara sosial, PA akan merintis kegiatan terpilih yang mesra warga emas berusia 60 tahun ke atas di 21 CC dan hab masyarakat sepadu di seluruh Singapura.



Menurut kenyataan PA, kelas dan kegiatan yang dikendalikan tidak memerlukan perkongsian peralatan, justeru mengurangi penyebaran virus.



Kelas dan kegiatan yang terpilih untuk disambung semula disediakan dalam enam kategori.



Ini termasuk kesihatan dan kesejahteraan, gaya hidup, sukan dan kecergasan, persembahan secara langsung, tayangan filem dan persembahan secara maya serta lawatan dan wisata pembelajaran.



Kelas-kelas itu akan dikendalikan di kawasan terbuka dan dengan pengudaraan yang baik serta mematuhi kesemua SMM yang sedia ada.



Warga emas berusia 60 tahun ke atas yang belum divaksinasi sepenuhnya tidak dapat mengambil bahagian walaupun dengan hasil praacara ujian yang negatif.



Program ini juga tidak terbuka kepada golongan yang lebih muda kerana mereka mempunyai pendedahan yang lebih luas seperti tempat kerja, sekolah dan persekitaran sosial, walaupun sudah divaksinasi sepenuhnya.



Selain itu, PA akan terus memantau dengan teliti kadar penyertaan serta situasi Covid-19 sebelum memutuskan untuk memperluaskan inisiatif tersebut ke CC lain.



Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut di papan notis atau mengunjungi halaman FB CC terpilih apabila kelas dan kegiatan itu telah disahkan.



Antara CC dan hab yang terpilih itu ialah Our Tampines Hub, CC Bukit Panjang, Wisma Geylang Serai, dan Heartbeat@Bedok.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >