SEORANG pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), yang memadamkan rakaman anggota perkhidmatan negara sepenuh masa (NSF), Korporal Kok Yuen Chin, 22 tahun ditolak ke dalam perigi pam semasa satu insiden 'ragging' Mei lalu, telah mengaku bersalah semalam.
Adighazali Suhaimi, 33 tahun, yang berpangkat Staf Sarjan, dijatuhi hukuman penjara sebulan selepas beliau mengaku secara sengaja menghalang penegakan keadilan dengan memadam bukti relevan bagi siasatan jenayah ke atas kematian Korporal Kok.