Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MALAM LAWAK SASTERA

Padat dengan keletah, telatah seniman seniwati

Nov 04, 2016 | 05:30 AM



TINGGAL sehari lagi sebelum orang ramai berpeluang menyaksikan persembahan teater Malam Lawak Sastera yang julung-julung kalinya dipentaskan Berita Harian di Panggung Victoria.



Pementasan yang menampilkan enam pelakon mapan - M. Saffri A. Manaf, Norsiah Hamid, GT Lye, Junaidah Eksan, Ariff Esa dan Zainal Ihim - ini bakal berlangsung pada 8 malam esok.



Ia merupakan satu daripada tiga acara utama yang disajikan akhbar ini sempena Pesta Penulis Singapura 2016.



Dua lagi acara ialah:



  • Forum 'Penulis Perintis Persuratan Melayu'; dan

  • Deklamasi 'Muara Sayang'.

Kedua-dua acara ini diadakan secara percuma pada Sabtu, 12 November, di Muzium Tamadun Asia (ACM).



Sedang forum diadakan dari 2.30 hingga 4.15 petang, acara deklamasi diadakan dari 4.30 hingga 6.30 petang - kedua-duanya di River Room.



Mengulas tentang pementasan ini, Saffri, 65 tahun, selaku penulis naskhah Sayang Di Sayang - yang merupakan satu pendekatan berani beliau 'memindahkan' drama radio kepada pentas - berkata pementasan lebih sejam ini menitikberatkan pengalaman orang lama.



Penulis skrip drama ini menyifatkan Malam Lawak Sastera sebagai "sebuah persembahan 'pembikinan drama radio' yang padat dengan keletah dan telatah para seniman (dan) seniwati yang mengambil bahagian - serta kesan bunyi yang belum pernah ditunjukkan di pentas".



"Rebutlah peluang menyaksikanya buat sekali dalam seumur hidup!" ujarnya.



Beliau menambah bahawa Malam Lawak Sastera sebagai peluang beliau dan sahabatnya menjayakan pementasan ini "untuk membuktikan drama Melayu kita 'hidup' semula di Panggung Victoria yang sangat canggih dan masyhur itu".



Pementasan kali ini juga unik kerana ia menyaksikan barisan pelakon yang terlibat kembali ke Panggung Victoria setelah lama tidak beraksi di pentas penuh nostalgia itu - kebanyakan lebih 30 tahun!



Junaidah, 44 tahun, pelakon termuda dalam pementasan ini, kembali ke Panggung Victoria setelah 22 tahun.



Mengulas lebih lanjut, Editor Digital Berita Harian, Encik Puad Ibrahim, berkata barisan pelakon sahaja tidak mencukupi bagi memastikan pementasan kali ini dapat dipersembahkan dengan jayanya.



"Disebabkan itu, ia turut menarik penyertaan tokoh teater Melayu, Nadiputra, 70 tahun, untuk mengongsi kepakaran dalam soal pengurusan pentas dan penataan cahaya."



Lakonan dan teknik penyampaian pula di bawah arahan Saffri.



Malam Lawak Sastera mengetengahkan kisah dua keluarga yang cuba mengahwinkan anak mereka yang telah 'terlajak' umur.



Ia menyaksikan barisan pelakon bukan sahaja perlu berlakon, malah melakukan pelbagai aksi lain, secara 'live'.



Uniknya, ia turut memerlukan daya imaginasi penonton.



Tiket bagi menonton pementasan ini bernilai $30 untuk dewasa dan $15 untuk pelajar.



Ia boleh dibeli di The Arts House (Bangunan Parlimen lama) pada hari pementasan.



Orang ramai juga boleh membeli tiket menerusi kaunter Sistic di kebanyakan gedung beli-belah: Tampines Mall, Tampines 1, Bishan Junction 8, Esplanade Theatre On The Bay, Hougang Mall, IMM, City Square Mall, Nex, Northpoint, Parkway Parade, Sembawang Shopping Centre, White Sands, Westgate dan banyak lagi.



Bagi pembelian tiket secara 'online', orang ramai boleh mengunjungi laman http://www.sistic.com.sg/events/cswf2016d.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >