Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pagar tambang bebas tangan dicuba di 4 stesen MRT

Jun 22, 2018 | 07:15 PM



PAGAR tambang bebas tangan baru yang membolehkan orang kurang upaya keluar dan masuk stesen MRT tanpa perlu menyentuh kad EZ-Link mereka kini sedang dicuba di empat stesen MRT – Bedok, Kembangan, Redhill dan Tiong Bahru.



Ini bermakna penumpang boleh membayar tambang mereka menggunakan alat yang dilengkapi dengan fungsi Bluetooth bersama aplikasi tertentu atau kad teknologi Pengenalan Frekuensi Radio (RFID).



Alat dan kad itu tidak perlu disentuh pada pembaca tambang dan boleh disimpan dalam beg atau poket pengguna.





Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Dr Janil Puthucheary, melancarkan pagar tambang baru itu di stesen MRT Redhill hari ini (22 Jun).



Sehingga November ini, 22 penumpang yang menggunakan kerusi roda dan 28 pegawai LTA akan menggunakan pagar tambang itu sebagai sebahagian perjalanan harian mereka.



Penumpang yang menggunakan kerusi roda itu dipilih LTA daripada pertubuhan seperti SG Enable dan badan kebajikan sukarela Persatuan Cacat Anggota (SPD).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >