Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Paip besi hampir rodok kepala penunggang motosikal

Jan 13, 2020 | 04:08 PM



BELIAU menjangkakan objek yang terkeluar dari belakang lori dan ‘terbang’ ke arahnya itu adalah tali.


Namun, Cik Ismawati Ali, 40 tahun, kemudian sedar bahawa objek tersebut merupakan paip besi yang hampir terkena kepalanya.


Mujur beliau sempat tunduk dan mengawal motosikalnya pada masa yang sama.


Namun, objek tersebut terkena bahu kirinya, dan impak tersebut menyebabkan motosikalnya tidak stabil di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE).


Cik Ismawati tetap mampu mengawal motosikalnya dan meneruskan perjalanan ke Bukit Batok, di mana beliau bertemu dengan penjual Carousell Khamis lalu.


Cik Ismawati memberitahu The New Paper Ahad (12 Jan) bahawa insiden tersebut berlaku apabila beliau sedang menunggang motosikalnya pada 75 kilometer sejam di laluan paling kanan dengan jarak sebuah kereta antara motosikalnya dan lori tersebut yang berada di laluan tengah. 





Akauntan itu berkata: “Apabila paip sepanjang semeter itu terbang ke arah saya, saya dengan pantas tunduk dan ia terkena bahu saya. 





“Motosikal saya terumbang ambing sekejap, dan saya memegang ‘handle’ dengan kuat supaya ia masih boleh dikawal.”


Cik Ismawati, yang telah menulis tentang pengalamannya itu di Facebook Sabtu lalu ( 11 Jan), menambah: “Saya amat bertuah kerana paip tersebut tidak terkena kepala saya.” 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >