Paip 'terkunci' sebaik sponge digenggam untuk cuci pinggan, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

TEMPAT KEDUA: RAIH $2,000

Paip 'terkunci' sebaik sponge digenggam untuk cuci pinggan

Perubahan iklim merupakan satu isu yang akan menjejas kehidupan dengan ketara dan setiap individu mempunyai peranan dalam memastikan alam sekitaran sentiasa dilindungi. Namun sebelum ini dapat dicapai, banyak usaha perlu dilakukan untuk memupuk sikap prihatin terhadapnya. Oleh itu, agensi air Singapura PUB telah menganjurkan pertandingan Splash Lab Mac lalu bagi belia meneroka cara menggalak orang ramai menjimatkan air dan BERITA HARIAN berkongsi tiga antara 70 projek menarik yang dihantar peserta pertandingan itu.
Jul 27, 2021 | 05:30 AM

KADANG kala tabiat atau amalan yang sudah menjadi kebiasaan sukar diubah.

Lebih-lebih lagi semasa mencuci pinggan mangkuk: Kadang-kadang paip air terus terpancur sahaja di sinki dapur tanpa ditutup - tidak sedar akan pembaziran yang sedang berlaku dan bil air yang meningkat secara senyap-senyap.

Lantaran itu, seorang pelajar Politeknik Temasek, Encik Ariffin Salleh, 21 tahun, telah mencipta satu kemudahan berteknologi yang dapat menyelesaikan masalah itu.

Dinamakan Draint - ia sebuah kemudahan yang menggunakan penderia atau sensor untuk menutup paip itu secara automatik sejurus sponge sudah di genggaman untuk membasuh pinggan.

Berbentuk sebagai tempat letak botol sabun dan sponge, Ariffin berkata, Draint akan memulakan fungsinya sejurus selepas pengguna menggenggam sponge itu untuk meletak sabun di pinggan.

Halal Home Based Business
SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Pada ketika itu, penderia dan mekanisme Draint yang dipasang di paip air itu akan 'bekerjasama' untuk menghalang air daripada mengalir daripada paip itu.

"Ia kemudian akan membolehkan air mengalir lagi apabila anda meletakkan sponge itu di tempat asalnya," jelas anak bongsu dalam keluarga tiga beradik itu.

Tujuan Encik Ariffin mencipta kemudahan itu adalah untuk membolehkan lebih ramai orang berjimat apabila menggunakan air.

Menurutnya, dalam setahun, setiap orang membazirkan sekitar 172,800 liter air kerana paip air itu tidak ditutup semasa mencuci pinggan.

"Secara keseluruhan, masalah ini adalah satu pembaziran yang ketara bagi setiap isi rumah.

"Sebab itu, tabiat berjimat ini penting kerana ia bukan sekadar dapat membolehkan kita mengekalkan sumber air yang terbatas itu bahkan mengurangkan bil api air kita buat jangka masa yang panjang," kata Encik Ariffin yang akan menyertai Perkhidmatan Negara (NS) tahun ini.

Ciptaannya itu telah berjaya membolehkannya dinobat tempat kedua dalam pertandingan Splash Lab, anjuran agensi air Singapura PUB Mac lalu.

Beliau memenangi $2,000 atas kejayaannya itu dalam pertandingan yang bertujuan mengekalkan sumber air di Singapura serta mencari huraian baru bagi menangani masalah perubahan iklim.

Sebanyak 70 kiriman daripada lebih 250 pelajar dari kesemua lima politeknik tempatan di Singapura telah diterima PUB dalam pertandingan tersebut.

Encik Ariffin berkata beliau tidak menyangka dapat tempat kedua memandangkan terdapat ramai lagi peserta yang menawarkan idea-idea menarik.

Beliau juga telah menimbangkan bagaimana desain Draint itu dapat dipertingkat buat masa depan.

"Sekarang salah satu batasannya adalah saiz tempat letak botol sabun itu agak kecil dan pengguna mungkin perlu mengisi (refill) semula botol itu beberapa kali dalam sehari jika mereka kerap mencuci pinggan.

"Ada pengguna mungkin menggunakan sponge yang lebih besar jadi perlu ada beberapa perubahan terhadap desainnya," kata Ariffin lagi.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map