Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pak cik dan anak saudara dijel kerana serang lelaki

Jun 27, 2016 | 02:54 PM



SEORANG lelaki dan anak saudaranya dihukum penjara pada Isnin (27 Jun) kerana menyerang seorang lelaki di laluan pejalan kaki di luar Shaw House.



Muhammad Sarifie Surat, 32 tahun, seorang penyelia pembersihan ketika itu, dipenjara satu tahun kerana menumbuk dan menendang Encik Tharma Govindarajan, 34 tahun, pada 16 Mei tahun lepas.



Selaion itu, dia dihukum penjara lima tahun dan sebat tiga kali kerana mengambil methamphetamine, atau Ice, pada 24 Mei lalu semasa dibebas di bawah ikat jamin mahkamah.



Hakim Daerah Hamida Ibrahim mengarahkan hukuman itu dijalankan berasingan, menjadikan enam tahun dan tiga sebatan kesemuanya.



Anak saudaranya, Asef Kurniawan Syah Komar Suhendar Muhadi, 29 tahun, dipenjara dua minggu selepas dia mengaku menendang Encik Tharma sekali di Orchard Road hari itu.



Sesiatan menunjukkan Sarifie bersemuka dengan Encik Tharma di laluan pejalan kaki di luar Shaw House pada kira-kira 6 pagi hari itu. Dia tidak puas hati mangsa cuba mengurat tunangnya, yang juga rakan sekerja Encik Tharma.



Apabila Encik Tharma tidak mengendahkannya, Sarifie menumbuk kepalanya beberapa kali. Apabila beliau terjatuh, Sarifie menendangnya kepalanya beberapa kali tetapi beliau tidak membalas.



Tidak lama kemudian, Asef datang dan menendang Encik Tharma sekali.



Encik Tharma dihantar ke Hospital Tan Tock Seng dengan kecederaan kepala. Beliau keluar hospital enam hari kemudian dan diberi cuti sakit 29 hari. Beliau juga mengalami gangguan menyesuaikan diri, tidak bersemangat dan kebimbangan kerana asssault itu.



Peguam bela Amarick Gill dalam mitigasinya berkata mangsa kelihatan mendekati temanita Sarifie dan menyentuh pipinya sebelum beredar.



Apabila diberitahu apa terjadi, Sarifie menjerit pada mangsa supaya berhenti tetapi beliau lari. Sarifie bertanya Encik Tharma tentang sentuhan itu tetapi beliau menafikannya.



Bagi tuduhan dadah, Encik Gill berkata Sarifie amat tertekan disebabkan pekerjaannya dan tunangnya itu memutuskan tunangan mereka.



Beliau berkata Asef pula taat membabi buta. Dia diberi hingga 11 Julai untuk melapor kepada mahkamah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >