TOKOH masyarakat, termasuk orang Melayu, wajar menulis kisah hidup mereka sebagai sumbangan kepada memori bersama negara ini.
Membuat gesaan ini, Speaker Parlimen, Cik Halimah Yacob, menilai buku 'Memories and Musings' tulisan Haji Wan Hussin Zoohri, 78 tahun, mantan Setiausaha Parlimen dan tokoh gerakan Melayu/Islam di sini sebagai usaha wajar dicontohi.