Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PENGALAMAN WARTAWAN MENCUBA E-TEG

Pakai 5 hari tetapi tak sanggup mahu hidup 'terikat' dengan e-teg

Feb 23, 2020 | 05:30 AM



KELTAK.



Begitulah bunyi selepas alat pemantauan e-teg dipasang mengelilingi buku lali saya.



Detik itulah baru saya nak tertanya diri saya, "Biar betul, engkau sanggup ke?", apabila sekatan seperti waktu perintah berkurung dan sebagainya bermain di benak fikiran saya.



Tetapi dah terlambat, jadi saya go jer...



Memandangkan waktu pekerjaan saya kira-kira dari 10 pagi hingga 7 malam, saya diwajibkan untuk pulang ke rumah selewat-lewatnya 9 malam, dan keluar rumah seawal-awalnya 8 pagi.



Setelah e-teg tersebut dipasangkan, saya pun angkat kaki dari Pusat Pengawasan Masyarakat Lloyd Leas, dan bergegas ke pejabat menaiki pengangkutan awam.



Saya melakukan demikian sebagai satu eksperimen untuk mengalami sendiri apa yang dirasakan mereka yang diletakkan di bawah Skim Penempatan di Rumah di bawah Program Berasaskan Masyarakat (CBP).



Skim tersebut bertujuan membantu pesalah dadah dalam perjalanan mereka berintegrasi semula dalam masyarakat, setelah keluar daripada pekarangan penjara.



Eksperimen itu dilakukan dengan kerjasama pihak penjara.



Mula-mula saya beritahu rakan dan keluarga saya, "tidak menjadi hal la apa orang nak kata" jika mereka lihat perempuan macam saya ni memakai e-teg.



Namun, ia selalunya lebih mudah mengungkap kata-kata daripada melakukannya.



Saya jadi lebih peka dengan apa yang berlaku di sekeliling, takut-takut jika ada yang memberi saya pandangan serong.



Tetapi semua itu hanya bayang-bayang saya sahaja kerana sepanjang perjalanan, saya tidak pun berhadapan dengan situasi yang tidak diingini.



Namun, saya memberitahu diri saya untuk memakai seluar lebih longgar dan labuh yang dapat 'menyembunyikan' e-teg tersebut bagi hari-hari berikut.



Setibanya di pejabat, bertubi-tubi soalan dilemparkan kepada saya: "Apa tu?", "Boleh buka tak?" dan "Berat tak?"



Siap ada yang pegang-pegang e-teg tersebut, seolah-olah macam ia sesuatu yang tidak pernah dilihat!



Memandangkan saya hanya cuba e-teg ini, saya pun dengan sabar menjelaskannya, tetapi saya boleh bayangkan betapa susahnya bagi seorang pesalah jika beliau berhadapan dengan situasi sebegini, lebih-lebih lagi jika orang tersebut cepat menghukum.



Mulanya, saya khuatir e-teg tersebut akan menjejas tumpuan saya di tempat kerja kerana pada awalnya ia rasa agak tidak selesa dan janggal.



Tetapi lama-kelamaan saya sampai terlupa yang ada sesuatu 'memeluk' buku lali saya sehinggalah saya mengangkat wuduk, mandi, tidur dan... apabila e-teg tersebut tergesel kaki saya yang lagi satu.



Mungkin inilah objektif e-teg ini, supaya ia tidak menghindarkan seseorang daripada melakukan kerja harian mereka.



Sepanjang lima hari saya memakai e-teg ini, tidak menjadi masalah bagi saya untuk mengikut perintah berkurung.



Namun, itu juga bermakna saya perlu menahan diri daripada lepak bersama teman-teman, atau melencong ke mana-mana selepas kerja.



Saya rasa seolah-olah kebebasan itu ditarik.



Bagi mereka yang diletakkan di bawah skim pemantauan ini, tindakan serius akan diambil jika mereka melanggar peraturan tanpa alasan yang kuat, ataupun waktu perintah berkurung diambil ringan.



Melihat kembali, setiap kali saya bangun pagi dan melihat e-teg itu di kaki saya, ia merupakan peringatan perit bagi saya untuk tidak melibatkan diri dalam sebarang jenayah.



Ini kerana saya tahu, saya tidak mahu 'terikat' atau 'dipasung' oleh satu alat, dan melalui kehidupan berpandukan garis pandu yang ditetapkan orang lain.



Pengalaman e-teg ini sememangnya telah membuat saya sedar dengan kepentingan disiplin dan tanggungjawab.



Saya hanya 'diteg' untuk lima hari, kalau lebih lama tentunya lebih mencabar... mungkin juga tidak boleh tahan!




Melihat kembali, setiap kali saya bangun pagi dan melihat e-teg itu di kaki saya, ia merupakan peringatan perit bagi saya untuk tidak melibatkan diri dalam sebarang jenayah. Ini kerana saya tahu, saya tidak mahu 'terikat' atau 'dipasung' oleh satu alat, dan melalui kehidupan berpandukan garis pandu yang ditetapkan orang lain. Pengalaman e-teg ini sememangnya telah membuat saya sedar dengan kepentingan disiplin dan tanggungjawab. Saya hanya 'diteg' untuk lima hari, kalau lebih lama tentunya lebih mencabar... mungkin juga tidak boleh tahan!
- Wartawan Nur Humaira Sajat. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >