Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pakar bedah plastik didenda $10,000 oleh SMC kerana tidak cermat urus pesakit remaja

Dec 29, 2015 | 12:41 PM



SEORANG pakar bedah plastik terkenal, Dr Martin Huang, dicela dan didenda $10,000 oleh tribunal disiplin Majlis Perubatan Singapura (SMC) kerana tidak cermat dalam menguruskan seorang pesakit remaja.


Beliau juga diarah membayar 70 peratus daripada kos dan perbelanjaan yang ditanggung bagi prosiding itu, menurut alasan keputusan yang dikeluarkan kepada media pada Selasa (29 Dis).


Pesakit itu, yang berusia 17 tahun apabila menemui Dr Huang pada November 2010 bagi melenyapkan parut pada paha dalamannya, mengadu mengalami kesedihan selepas gambarnya tanpa memakai seluar dalam diambil sebelum prosedur tersebut.


Tribunal itu berkata penalti tersebut bertujuan memberi "mesej jelas" kepada profesion perubatan bahawa "merawat pesakit dengan berbudi bahasa, pertimbangan, belas kasihan dan rasa hormat dan menawarkan hak privasi dan maruah dikehendaki daripada semua pengamal perubatan".


Pesakit itu menemui Dr Huang di klinik beliau di Orchard Road. Ibunya menandatangani borang persetujuan bagi prosedur tersebut, termasuk pengambilan foto. Beliau dan adik remaja berkenaan kemudian meninggalkan klinik itu.


Remaja itu berkata, dia berkeras mahu memakai coli apabila jurugambar mengambil gambar.


Dr Huang membenarkannya, tetapi apabila gambar pahanya diambil, seorang jururawat tiba-tiba menarik seluar dalamnya.


Remaja itu menutup dirinya dengan tangannya, tetapi diberitahu oleh doktor itu supaya meletak tangan di atas kepalanya dan berdiri pada tembok.


Pesakit berkenaan kemudian memfailkan saman sivil melalui ibunya terhadap Dr Huang, dengan mendakwa tiada izin termaklum serta berlaku serangan dan kecuaian pada pihak doktor itu hingga menyebabkan beliau mengalami "tekanan mental dan trauma ekstrem".


Tuntutan itu diselesaikan di luar mahkamah pada Oktober 2011.


Dr Huang kemudian memberitahu media bahawa gambar-gambar tersebut "tidak diambil dengan salah", dan kedua-dua pihak mencapai huraian baik tanpa pengakuan liabiliti.


Ini mendorong remaja itu berkata melalui peguamnya bahawa kata-kata Dr Huang menyakiti hatinya, dan ibu bapanya sedang mengkaji pilihan undang-undang mereka.


Satu aduan kemudian difailkan dengan SMC pada 8 Dissember 2011.


Merujuk kepada Dr Huang, tribunal itu berkata: "Beliau jelas tidak merawat pesakit berkenaan dengan berbudi bahasa, pertimbangan, belas kasihan dan rasa hormat yang diperlukan dan tidak mengambil langkah-langkah bagi melindungi privasi dan maruah beliau di dalam bilik pemberishan sebagai diharapkan daripadanya."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >