Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pakar bedah yang pelopor pembedahan jantung terbuka di SG meninggal dunia

Mar 17, 2021 | 05:30 AM



DR Yong Nen Khiong, seorang pakar bedah am dan kardiothorasik telah meninggal dunia di rumahnya kelmarin.



Mendiang berusia 93 tahun.



Lebih dikenali sebagai NK Yong, mendiang didapati mempunyai aneurisma di bahagian aorta - iaitu dinding pembuluh darah atau jantung yang terdilat akibat kecacatan kongenital, infeksi dan kecederaan - dua tahun lalu tetapi ia tidak dibedah kerana usianya yang lanjut.



Dr Yong diingati sebagai pelopor pembedahan jantung terbuka pertama di Singapura pada tahun 1965.



Pada 1966, mendiang dilantik sebagai Profesor Foundation - yang diberikan kepada ahli fakulti yang telah memilih untuk kekal di dalam bidang pengajaran dan menunjukkan prestasi cemerlang sebagai tenaga pengajar - dalam bidang Pembedahan dan Ketua Jabatan Fakulti Perubatan di Universiti Malaya di Kuala Lumpur.



Mendiang pulang ke Singapura pada tahun 1976 dan menjalankan latihan pembedahan swasta sehingga beliau bersara pada tahun 2004.



Mendiang dilantik sebagai Presiden Majlis Perubatan Singapura dari tahun 1980 sehingga 1981, 1982 sehingga 1985, dan 1984 sehingga 1986.



Mendiang juga menyandang jawatan sebagai Presiden Persatuan Perubatan Asia Tenggara dan Presiden Persatuan Perubatan Komanwel pada tahun 1984 sehingga 1986.



Mendiang dikenang oleh rakan-rakannya.



Cik Lynn-Yeow de Vito, seorang rakan keluarga terdekat berkata: "Ramai orang mengenali NK sebagai seorang doktor, tapi bagi saya, beliau lebih dari itu. Beliau mengajar saya tentang kehidupan."



Dr Yong meninggalkan seorang balu, Cik Melina Yong, 72 tahun, tiga orang anak perempuan dan seorang anak lelaki dari perkahwinan awalnya. Upacara pengebumian akan diadakan pada 18 Mac.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >